Wednesday, December 31, 2008

Menyelusuri 2008...

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah yang maha kuasa...

Akhirnya segala perancangan dari respeks groups untuk bulan Disember berjalan dengan jayanya... walau satu program terpaksa dibatalkan akibat tsunami yang melanda
respeks groups hingga hilangnya dari alam maya.

Susuri program-progam yang dijalankan sepanjang bulan Disember 2008, bermula dengan Korban d respeks pada hari raya ke 3... iaitu pada 10 Disember. Alhamdulillah dengan berkat kerjasama dari semua ahli respeks 2 ekor kerbau telah berjaya dikorbankan di rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Perak... untuk kali pertamanya abi berjaya menjejakkan kaki ke sana berkenalan dan beramah mesra dengan anak-anak tersebut. Terima kasih pada mereka yang sudi berkorban dan sudi datang dari Kualau Lumpur untuk menjayakan majlis tersebut. Syukur. Tanpa penyumbang dan pengkorban ia tidak mungkin berjaya dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga juga pada seluruh penduduk kampung yang bertungkus lumus sama-sama menjayakan program korban kali ini. Jumpa lagi di majlis korban akan datang. 2009. Insya Allah.

Para hadirin dan beberapa orang AJK mula membuka acara... huhu.
Bukan senang nak tumbangkan kerbau tu...

Dan akhirnya tertumbang jua... Allah akhbar.

Dengan lafaz Bismillah. Allahu akhbar allahu akhbar allahu akhbar...

Syukur... Selamat di qorbankan. Moga ibadah kami diterima oleh
Yang Maha Esa...

Seterusnya... seperti dirancangkan sepatutnya respeks mengadakan pertemuan ahli-ahli dari Melaka pada 13 Disember 2008, errmm... benarlah, kita hanya merancang namun segala ketentuan dari Dia. Respeks hilang dari alam maya dan kehilangan ahlinya. Dengan kehilangan tersebut secara mengejut menyebabkan ramai terkejut. huhu. Juga kehilangan segala maklumat dan database ahli-ahli di seluruh pelusuk negeri... maka pihak ahli jawatankuasa yang terlibat membatalkan hasrat tersebut. Namun kehilangan tersebut cepat-cepat di zahirkan dengan wujudnya respeks baru, walaupun baru tapi tetap dengan gaya dan penampilan lama...
respeks_group. Insya Allah kini respeks groups tampil dengan wakil dari Melaka yang penuh bergaya bersama respeks. Saudari Nor hamiza. Semoga gandingan dari sahabat lama dan baru dari Melaka akan lebih memantapkan lagi perjalanan respeks untuk akan datang.

21 Disember muncul... Ahli-ahli respeks yang berkesempatan berkumpul bersama-sama meraikan majlis perkahwinan Bendahari
respeks_group. saudari Anie yang kini bergelar Puan Anie... Tahniah. Semoga berkekalan hingga alam akhirat. Amin. Agak ramai sahabat-sahabat respeks berkumpul memeriahkan majlis pada kali ini... Dan kemeriahan majis dapat dirasakan. Syukur padaNnya... Sedikit gambar abi kongsikan.

aahhhahh...dapat dah pasangan masing2... meh kita maju ....tengok apa lagi acara seterusnya..

pengantin dua "berbiras" sedang menuju ke depan.... pilih betul2 nanti tersilap penganti lakkkk...

... Dan sebagai penutup 2008 Respeks D Senyumpun menjelma... kali ini respeks benar-benar merealisasikan silaturrahim dan jalinan kemesraan antara ahli. Kehadiran sahabat-sahabat lama respeks bersama muka baru begitu memeriahkan program respeks pada kali ini. Kehadiran yang amat memuaskan dengan jumlah keseluruhan 55 peserta yang terlibat. Alhamdulillah. Sesungguhnya abi sendiri tidak menjangkakan respeks mampu mengumpulkan peserta sejumlah tersebut. Syukur padaNya.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat yang hampir keseluruhannya dari Lembah Kelang... hanya abi dan 2 orang sahabat baru kita yang bukan dari Lembah Kelang. Dua orang sahabat sanggup mengembara dari Kota Melaka... huhu jauh tu. Terima kasih tidak terhingga pada kalian semua. Segala kekurangan dari pihak abi sebangai penganjur wah penganjur tu... Abi pohon ampun dan maaf redhokanlah segalanya. Rasanya tidak perlu abi memanjangkan cerita cukup dengan gambar-gambar sahaja...













Wah akmal nak bertapa ke... Huhu















Sebahagian dari anak-anak respeks sedang bergaya dalam gua huhu.

Lagi gambar : klik : http://respekss.blogspot.com


Buat akhirnya terima kasih tidak terhingga pada seluruh sahabat respeks kerana telah sama-sama menjayakan program kita dengan jayanya walau kehilangan respeks sedikit memeritkan kita. Namun alhamdulillah kita masih mampu bersama.Terima kasih. Kepada penyumbang-penyumbang dan pendokong respeks yang sentiasa memberi komitmen tanpa berbelah bagi. Jatuh bangun respeks tawa ria respeks anda tetap bersama. Aduh benar-benar membuatkan hati ini hampir menitiskan airmata. Kesetiaan anda... tidak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata. Di mana adanya respeks di situ anda berada walau kami tahu anda punya beribu komitmen yang lain. Anda sayang respeks sesungguhnya kami amat menyayangi anda...




Erm... berakhirlah 2008, Insya Allah respeks group akan muncul dengan pelbagai program pada 2009. Respeks groups memerlukan sokongan dari seluruh sahabat dalam menjayakan program seterusnya untuk tahun 2009 dan tahun-tahun mendatang. Sesungguhnya talian dan ikatan ikhlas yang terjalin antara kita adalah sesuatau yang amat manis untuk dikenang. Abi mengharapkan semoga ikatan ini benar-benar tulus kerana Dia dan dikira sebagai ibadah di sisiNya nanti. Kerana sesungguhnya apa yang kita bawa mengadap Yang Maha Esa hanyalah amalan yang ikhlas kerana Allah. Amin.



Jumpa lagi di 1430 dan 2009...

1 comment:

dean83_x said...

asaalammualaikum semua
saya nak tanya siapa ada
lesen kementrian kewangan yang ada it dan supply komputer saya nak sewa untuk masuk tender kerajaan
tapi mesti syarikat sdn.bhd
saya akan bayar lam percent
sila hubungi saya di
dean83_x@yahoo.com