Sunday, January 17, 2010

Zaman ekonomi menguncup guna pakai semula penyeraphentakan ( car absorber recondition )

Salam buat sahabat RG semua... ingin saya berkongsi maklumat mengenai pemulihbaikan penyeraphentakan kereta (absorber le tu ).. sbb pada penghujung tahun 2009 saya telah berkunjung kebengkel seorang sahabat yg pakar dalam pembaikpulihan absorber kereta... Ingin saya kongsikan bhw kos baikpulih adalah lebih menjimatkan dari membeli absorber yg baru... Kalau boleh jimat rm200 tentu berbaloi kan..

Bagi yg absorber dah leaking shaft kena cari yg tak leak baru leh modify. Nak murah beli absorber dari kedai potong, cari yg masih dlm keadaan baik. Kalau ada leaking di shaft tak leh nak modify bro... hati2 yer. Cara nak refill balik minyak tu ada skill dia so sapa nak balajar boleh tengok sendiri dia buat camner.

Lagi satu kepada mereka yg tak seronok lihat keta nya tinggi semacam tapi bila potong spring sagat la pulak... tapi dgn cara ni std lowert family .. keta rendah naik 5 org pun tak sagat mudgaurd.. hahaha boleh caya ker ?

Bab potong spring coil ni kena mintak nasihat dia la, masa ni aku pakai absorber dan spring coil dari model lain so kena potong bro utk capai tahap dua jari nya lowert.

 Dah 6 org saya perkenalkan semua puashati dgn hasilnya terutama bila ambil selekoh dan duit penjimatan tu boleh topup buat beli 2 tayar baru ... hehe .

Ni dia skil replace minyak lama masuk minyak baru... tu yg ikut spec kita nak..  bagi yg nak keta lowert std racing pun boleh, naik berdua sedap naik beramai ada kureng skitttt. Nak race takkan naik ramai kot...

Apa pun sapa yg rasa nak jimat duit dan pakai balik absorber lama dia tu elok tanya sendiri kat pomen ni... dia leh kasi cadangan absorber apa sesuai utk keta kita... di talian 017-3106875 Midun absorber. Beliau tinggal di Linggi, sambil buat absorber leh g mancing udang galah.