Saturday, November 29, 2008

UPDATE MELAKA : PANDUARAH KE KEM LAMBAIAN DANAU

Bagaimana ke sini ?

Jika anda dari Lebuhraya Utara-Selatan

1. Exit di Tol Tangkak. Terbentang di depan, papantanda ' Selamat Datang ke Tangkak'. Belok kanan.


dan pandu terus ke Bandar Tangkak hingga berjumpa Traffic Light yang pertama.

2. Belok kiri di Traffic Light, Balai Polis Tangkak.


3. Pandu terus hingga ke sempadan Johor- Melaka ( lebih kurang 5 km dari Traffic Light). Anda akan jumpa landmarks ini :

Dataran Tangkak

Mahkamah Majistret Tangkak

4. Pandu terus sehingga anda nampak Papantanda ini :

dan anda juga akan jumpa :

..ini. Selamat Datang ke Negeri Melaka !

Belok kiri bila anda di Simpang Tiga dan jumpa Papantanda-papantanda seperti di bawah : (Ikut arah ke Jasin). Pandu terus.


5. Terus lagi hingga anda berjumpa Balai Polis Chinchin. Disebelah kiri anda.

50 meter dari BP Chinchin, anda akan nampak :

Papantanda KEM LAMBAIAN DANAU


Ikut papantanda Kem. (Sebelah kiri anda) dan sebelah kanan anda pula ialah,

Sekolah Kebangsaan Chinchin

6. Pandu terus. Selamat Datang ke KEM LAMBAIAN DANAU !!!


Jika anda orang Melaka, dari bandar Jasin. ( Dari Roundabout depan Balai Polis Jasin ke KLD ialah 8 km)

1. Pandu ikut Jalan ke Tangkak (Jalan Chinchin).
2. Anda akan berjumpa MRSM Jasin. Pandu terus.
3. Terus lagi hingga berjumpa SK Chinchin. Belok kanan.
4. Ikut papantanda KLD
5. Selamat Datang

Jika anda sesat atau punyai sebarang masalah sila telefon kami :

Pak Let 019-3682498
Pejabat KLD 06-5246066

Friday, November 28, 2008

Melaka Updates : Perjumpaan Respeks

Updates 28 Disember 2008

Assalamualaikum wbt dan Selamat Tengahari..
Perbincangan teliti telah di adakan dan kata sepakat telah di ambil pada ketentuan berikut :


Aktiviti ReSpeKs Melaka

Tarikh: 13. December. 2008
Tempat: Kem Lambaian Danau Jasin Melaka
Masa: 9.00pagi
Bayaran: Dewasa RM25 / Kanak² RM15



Agenda

9:pagi
- Ketibaan
- Suai kenal
-Sarapan

10:pagi
- Berkayak/ Berakit
- Memancing
- Berbasikal mengeliling Kem

1:ptg
- Makan Tengahari

2:ptg
- Indoor game

3:30ptg
- Meeting/ Aktiviti Bebas

4:30ptg
- Sessi bergambar
- Bersurai

Dengan tersusunnya agenda di atas , maka pendaftaran di buka sehingga 11 Disember 2008 jam 4.00 ptg .

Bagi tujuan pembayaran boleh lah bank in kan ke akaun
Maybank : 154101036978 atas nama Faizal B Abd Rasip
dan sila sahkan pembayaran anda dgn sms @ call 012- 6269321.

Untuk tujuan penginapan boleh lah berhubung melalui saya atau di email
mynamefaiz@yahoo.com atau rosnanij@teac.om.my atau call terus melalui saya . Penginapan adalah di Melaka Guest House dengan kadar RM 35 - RM 50.

Oleh yang demikian , suka cita dijemput AJK Respeks Pusat , En Abi Umar sekeluarga dan semua warga Respeks SeMalaysia yang berminat dan Warga Respeks Negeri Melaka Khususnya untuk menghadirkan diri pada Penubuhan/ Perjumpaan Respeks Melaka kali 1.

Semoga dapat lah kita merealisasikan perjumpaan ini .Amin .

Sekian Terima Kasih .

Melaka Maju 2010
Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia

Monday, November 24, 2008

Qorban D ReSpeKs...

Salam sahabat respeks...


Insya Allah sempena hari raya Qorban tahun ini respeks akan mengadakan majlis Qorban buat julung kalinya. Insya Allah sebanyak dua ekor lembu akan di qorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat sekitar pada tarikh tersebut. Disamping agihan respeks juga mengadakan jamuan pada malam tersebut... petangnya jom pekena sop cecah roti... erm Best.


Untuk itu... kami pihak pengurusan respeks groups mengalu-alukan semua ahli groups respeks untuk bersama-sama kami dalam menjayakan ppgram bersama respeks untuk kali ini. Insya Allah program tersebut akan diadakan pada ketetapan di bawah :


Tarikh : 10 Disember 2008
Masa : 8.00 pagi - 8 malam
Tempat : Rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi, Ipoh Perak.



Besarlah harapan kami agar sahabat respeks, dipersekitaran khususnya dapat meluangkan masa bersama kami. Kepada sahabat yang berminat dan teringin bermalam di Rumah Anak Yatim Nurul Iman bolehlah menghubungi AJK respeks untuk berbincang tentang penginapan. Penginapan istimewa hanya ada tiga sahaja... Itupun dikhususkan untuk mereka yang berkeluarga. Kepada teruna dan dara bujangan bolehlah tidur bersama anak-anak yatim... di bilik mereka. Sambil bermesra dan menyelami perasaan mereka. Tak gitu???


Kepada sahabat yang ingin membuat sumbangan barang untuk masakan amat dialu-alukan. Hubungi mana-mana AJK respeks.


Oklah... Cukup entry dan berita terkini dari respeks. Insya Allah program selepas qorban D respeks kita ada XPDC Gunung Senyum. Nantikan pemberitahuan...


Terima kasih bersama respeks.

Disember bersama ReSpeKs...

Salam.............

Insya Allah di Disember ini bersama respeks...


1) Qorban di respeks...

Tempat : Rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Ipoh Perak
Tarikh : 10 hb Disember 2008 ( Rabu )
Kontek :
1) Tn Haji Rahim : rahimsaja@yahoo.com.sg
2) Angah : 019 2286467
3) Abiumar : 019 9316139
atau mana-mana AJK...

Sumbangan berbentuk makanan dan barangan dapur juga makanan ringan semasa sesi melapah amat di alu-alukan...



2) Respeks D Melaka

Tempat : Kem Lambaian Danau Jasin Melaka
Tarikh : 13 Disember 2008 ( Sabtu )
Kontek : Faizal :
012- 6269321.

Sebarang makluman rujuk web. Akan di update dari masa ke semasa...



3) Majlis Perkahwinan Bendahari ReSpeKs

Tempat : Surau An Nur Taman Seri Murni Selayang
Tarikh : 21 Disember 2008
Masa : 12 - 4 Petang
Kontek :
Anie & keluarga : 012 9103552



4) Respeks D Senyum

Tempat : Gunung Senyum Temerloh Pahang
Tarikh : 28 & 29 Disember 2008
Kontek :
Abi : 019- 9316139.
Angah : 0192286467
Wan : 013 9810852



Sebarang maklumat terkini akan di update di weblog pada minggu depan... Sabauuuuuuuu



Kami mengalu-alukan kehadiran anda walau dimana jua anda berada............

Saturday, November 22, 2008

TUAN MOD BERTAMU DIRUMAH AHLI...TERIMA KASIH DAUN KELADI...

TERIMA KASIH DIATAS KUNJUNGAN TUAN MOD DAN EN AZHAR SEKELUARGA KERUMAHKU (jalilah_jy)PADA 16NOVEMBER 2008
jika ada kelapangan jemputlah dtg lagi...hihihi leh masak menu yg lain lak!!
INILAH KELUARGA BAHAGIA TN MOD..KITA, KHUSYUK MENELITI ALBUM PENULIS...KEBETULAN ADA GAMBAR UMAR...BERMANDI MANDA DI ULU YAM...."meh tengok ni umar gambar umar .... !"...."mana dia ni abi...umi tak nampak pun umar...." ...."mana ada gambar umar kat album acik ilah tu abi????" bualan 3 beranak yg mesra.
TENGOK EN AZHAR MENGANTUK..SEBAB MALAM TADI MESYUARAT GUNUNG SENYUM DAN KORBAN DIADAKAN DI RESTORAN JEJANTAS SG BULUH BERAKHIR PADA JAM 3PAGI... WAKAKAKA MAU TAK MENGANTUK...AMBOI SI UMAR PUN NAK TIRU JUGA KER GAYA PAK CIK YER??? ABI SEDANG SIBUK TENGOK APA TU????

TUAN MOD DAN EN AZHAR( DARI KINRARA) BERSANTAI SELEPAS MAKAN TENGAHARI DI RUMAH PENULIS..........
EN AZHAR BERSAMA KELUARGANYA...