Sunday, April 26, 2009

Siapa AJK Respeks...

Salam rakan respeks...

Hari ni abi nak ulas sikit satu tulisan di respeks_group oleh Abang Ismail @ para_jum101 yang bertajuk Siapa AJK respeks??? Huhu... susah gok nak jawab soalan ni... apapun ni e.mailnya :


From: para_jump101 airborne
Date: Fri Apr 24, 2009 2:32 am
Subject: Siapa AJK Respeks
air_strike101
Offline Offline
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership

Salam,

Dicadangkan Respeks Group siarkan senarai penuh nama-nama AJK, Nama penuh, alamat, no hp dan e-mail address dan pekerjaan atau tempat mereka bekerja dan sedikit berita mengenai keluarga mereka (tak'aruf).

Kalau siarkan dengan gambar sekali lagi bagus, tapi tak ada pun tak apa, Sebab ada yang tak suka gambar mereka disiarkan untuk tatapan umum. Tapi kalau dah jadi Menteri Kabinet, mereka yang paksa pula orang-orang awam, jabatan, sektor swasta supaya pamirkan gambar-gambar merata ceruk hingga ke dapur pun kalu boleh.

Ini bertujuan supaya ahli-ahli RG mengetahui, dan boleh menghubungi mereka untuk berkenalan dengan lebih mesra, bertanya khabar, chat melalui YM dan sebagainya.

Setakat ni cuma Abi aje yang rajin chat melalui YM. Abi kena beri galakan la... Takkan tak boleh luangkan masa langsung... Yang lain-lain macam tak berminat nak ym dengan ahli-ahli. nampak gaya macam sombong aje. Betul ke ? Maaf semua AJK ye. Jangan mare...


Erm... panjang lebar gok tu. Ni nak kena jawab ni wakakaka. Apapun terima kasih pada Abang Mail kerana sering bersama program respeks. Sokongan abang amat kami hargai. Oklah balik pada persoalan utama. Siapa AJK respeks_group??? Ermmm jeng jeng jeng.


1) Harus difahami Respeks_group bukanlah badan berdaftar. Respeks_group ni ala-ala Hindraf kot wakakaka. Badan tidak berdaftar. Jadi bila tidak berdaftar ianya tidak rasmi.


2) Apa yang ada hingga kini adalah AJK2 yang dilantik secara tidak rasmi hasil dari pertemuan pertama kami di The Wood Ulu Yam pada 10 November 2007. Hampir 2 tahun jugalah... namun begitu ada di antara mereka yang masih aktif dan ada juga yang sesekali muncul tak kurang yang terus tidak muncul2 wakakaka. Dari situ kami membentuk organisasi secara tidak rasmi. Namun terdapat beberapa perubahan dan penambahan demi kebaikan bersama. Apapun hampir 80% di antara mereka adalah mereka yang terawal.


3) Berikut adalah senarai AJK... tidak rasmi tersebut :

Penasihat :
Kamarul dsjkamarul@gmail.com
Ketua :
Abiumar faruqi2001@yahoo.com
Penolong :
Ajak razak@ibtech.com.my
Setiausaha :
Dyah dyahanakmakngah@yahoo.com
Penolong setiausaha :
Miza cahayadesa@yahoo.com
Bendahari :
Anie kuzi51175@yahoo.com
Ahli Jawatankuasa :
Wan wanmohdfaizal2004@yahoo.com
Tam tengku_rostam@yahoo.com
Pojee fauziahmr@yahoo.com
Zureehan milo_boy@yahoo.com
Umi Kay nisha_yani44@yahoo.com


Boleh lihat gambar orang2 lama di sini : AJK asal.



Itulah di antara kabinet dapur respeks_group wakakaka. Antara nama-nama tersebut hanya Hamiza dan Milo yang agak baru. Mungkin beberapa sahabat lama bertanyakan persoalan ini.

Miza... memang abi sendiri memilihnya, atas penghormatan kepada beliau yang sudi bersama respeks_group semasa santai de Gunung Senyum, sanggup datang dari Melaka ke Negeri Pahang hanya bersama dengan adiknya sahaja. Kedua-duanya perempuan.

Untuk itu abi merasakan beliau perlu diserap sebagai AJK. Itu sahaja sebabnya. Wakakaka. Tentang Milo pula melihat betapa komitmen yang tinggi diberikan oleh beliau kepada setiap program yang diadakan oleh respeks_group. Di samping itu terdapat juga ahli2 lama yang mengundurkan diri atas sebab2 peribadi.


4) Namun begitu, respeks_group amat mengalu-alukan kehadiran ahli2 baru di setiap program yang akan dijalankan oleh respeks_group. Ahli2 baru akan diambil sebagai AJK program bagi sesuatu program yang dijalankan. Ia, terbuka kepada mereka yang berminat untk bersama melakukan kerja-kerja seperti ini. Sebagai contoh pada kejohanan bowling amal terdapat ramai ahli2 baru yang menjadi AJK Program. Begitu juga ketika sesi ziarah ke Rumah Siraman Kasih.


5) Berkaitan dengan program yang dijalankan pula. Respeks group mengalu-alaukan mana-mana individu untuk memberikan cadangan dan seterusnya menjalankan aktiviti bersama respeks_group. Namun begitu setiap program yang ingin dijalankan perlulah dimaklumkan dan dipersetujui oleh barisan AJK.


6. Menyentuh tentang tabung... erm. Sebenarnya respeks_group memang mempunyai tabungnya sendiri, cuma tabung ini tidak diwar-warkan secara umum. Ini bagi mengelakkan sangkaan dari rakan-rakan. Almaklum sahajalah kutipan tersebut dimasukkan ke akaun persendirian. Bila penggunaan akaun persendirian ini... sedikit sebanyak akan menggusarkan sesetengah pihak lebih2 lagi respeks_group bukanlah badan berdaftar. Namun begitu kami mengalu-alukan sahabat yang sudi untuk menabung bersama kami. Hanya RM10 sahaja sebulan...ekeke. Abipun dah setahun tak bayar kot. Wakakaka.


7. Mungkin ada sahabat yang bertanya, kenapa respeks group tidak didaftar secara rasmi. Erm... sebenarnya kami sedang mengusahakan untuk mendaftar respeks_group sebagai badan berdaftar. NGO. Doakan moga usaha kami ini mencapai matlamatnya.


Rasanya setakat ini dulu yang abi boleh kongsikan... sebelum menutup huhu, ingin abi memohon maaf pada abang Ismail khususnya dan semua ahli respeks_group kerana tidak dapat memenuhi permintaan untuk mengeluarkan biodata, gambar kabinet dapur ini, kalau nak kenal lanjut bolehlah berYM dengan mereka.


Berkaitan dengan YM juga... bukanlah AJK respeks_group sombong, mungkin kerana komitmen masa yang agak memberatkan untuk mereka bersembang di YM. Janganlah puji abi lebih2... abipun berYM ketika free sahaja. Mungkin pekerjaan abi banyak masa free dari sahabat2 lain. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Dah kenal jangan main-main cinta tauuuuuuuuuuuu. Wakakakaka.


Untuk akhirnya kami mengalu-alukan apa-apa sumbangan dari semua ahli respeks_group. Semoga sumbangan kita dalam apa jua kerja kebajikan akan dikira sebagai amal ibadah oleh Allah. SWT.


Adalah saya yang benar.

Abiumar.
Bera. Pahang Darul Makmur.


.... cetakan komputer tidak memerlukan tandatangan....

2 comments:

pak tam said...

Bagus jugak cadangan ni..kalau ada mana nak dapat ym abi & rakan2 lain?

OrAnG KaMpOnG said...

Abi punya id... e.mail abi je Tam. faruqi2001 Addlah abi tam. tq