Monday, April 6, 2009

Kejohanan Bowling Amal

Salam rakan ReSpeKs budiman...


Satu kejohanan Bowling Amal akan diadakan pada ketetapan di bawah :




“INTER YAHOOGROUPS MALAYSIA




Tarikh

18.04.2009

Hari

Sabtu

Masa

Bermula pada jam 10:00 pagi

Tempat

Pin Junction, CineLeisure

The Curve, Damansara



Anjuran Bersama

respeks_group

&

Aman Palestine

FORMAT DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.0 Syarat Penyertaan

1.1 Terbuka.

1.2 Penyertaan adalah terhad kepada 48 pasukan sahaja berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta.

1.3 Setiap kumpulan mesti dianggotai oleh sekurang-kurang seorang wanita.

1.4 Setiap pasukan dikehendaki memberikan nama pasukan.

1.5 Tiada had umur ditetapkan.

1.6 Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.


2.0 Bayaran

2.1 Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM 200.00 untuk setiap.

2.2 Pihak Penganjur akan menanggung perbelanjaan menyewa lorong (lane) dan kasut. Kos-kos lain berkaitan dengan pertandingan ini seperti pengangkutan dan makanan perlu ditanggung sendiri oleh para peserta.

2.3 Borang dan yuran penyertaan (wang tunai sahaja) hendaklah dibank-in/dihantar kepada Ahli Jawantankuasa Penganjur selewat-lewatnya 27 Mac 2008 (Jumaat).

2.4 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri selepas 27 Mac 2008 (Jumaat) tetapi peserta boleh mencari pengganti.

2.5 Penyertaan akan ditolak sekiranya pembayaran yuran pendaftaran gagal dibuat dalam masa ditetapkan.


PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BERIKUT:

NAMA: NORIANI MOHAMAD SAINI
BANK : MAYBANK
NO A/C : 114299179283
No. H/p : 012-910 3552

Jika anda membuat pembayaran yuran melalui akaun tersebut, sila sahkan pembayaran anda dengan menelefon penama di atas. Simpan bank-in slip untuk tujuan pengesahan.


3.0 Format

3.1 Pertandingan adalah dijalankan secara berpasukan yang diwakili oleh 4 orang peserta termasuk sekurang-kurang seorang peserta wanita.

3.2 Setiap pemain dikehendaki bermain 3 permainan secara ‘cross-lane’. Penentuan lorong (lane) akan dibuat secara undian sebelum hari pertandingan.

3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin akan dikira selepas menamatkan permainan ke-3.

3.4 Kerjasama dari setiap pasukan juga adalah diharapkan untuk merekod ‘scoresheet’ dengan tepat dan jujur serta membetulkan kesalahan yang direkodkan oleh komputer. ‘Scoresheet’ akan disediakan oleh pihak penganjur.


4.0 Pemenang

4.1 Pasukan

Ø Pertama Pasukan: Hamper + Piala (1 hamper + 4 piala)

Ø Kedua Pasukan: Hamper + Plak (1 hamper + 4 plak)

Ø Ketiga Pasukan: Hamper + Plak (1 hamper + 4 plak)

Jika terdapat jumlah jatuhan pin yang sama di kalangan pasukan maka pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin tertinggi untuk salah satu daripada 3 permainan yang dijalankan.

Contoh:

Jumlah jatuhan pin selepas 3 permainan untuk pasukan A dan B ialah 3200.

Permainan 1 Permainan 2 Permainan 3

Pasukan A 800 810 800

Pasukan B 810 780 820

Pasukan B akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana jumlah jatuhan pin di permainan 3 ialah 820 berbanding 810 untuk pasukan A di permainan 2.

4.2 Individu

v Jatuhan Pin terbanyak Individu Lelaki – Hamper + Piala

v Jatuhan Pin terbanyak Individu Wanita – Hamper + Piala

Jika terdapat jumlah jatuhan pin yang sama di kalangan peserta maka pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin tertinggi untuk salah satu daripada 3 permainan yang dijalankan.

Contoh:

Jumlah jatuhan pin selepas 3 permainan untuk peserta A dan B ialah 610.

Permainan 1 Permainan 2 Permainan 3

Peserta A 200 210 200

Pasukan B 210 180 220

Peserta B akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana jumlah jatuhan pin di permainan 3 ialah 220 berbanding 210 untuk peserta A di permainan 1.

5.0 5.


5.0 H 5.0 Hak Penganjur

5.1 Menolak mana-mana penyertaan.

5.2 Menunda atau membatalkan pertandingan. Notis penundaan atau pembatalan akan diberikan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan (jika berkenaan).

5.3 Penganjur akan memulangkan kembali yuran penyertaan dalam masa 7 hari dari tarikh pembatalan.

5.4 Keputusan pertandingan akan diumumkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur dan adalah muktamad kecuali terdapat bantahan atau protes.

5.5 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kehilangan peralatan atau harta benda mana-mana pihak semasa pertandingan dijalankan.


6.0 Rayuan/Bantahan

6.1 Jika terdapat perkara berbangkit yang tiada di dalam peraturan ini termasuk kes-kes rayuan maka bolehlah diselesaikan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur.

6.2 Tiap-tiap bantahan yang dikemukakan hendaklah disertakan bersama-sama wang pertaruhan sebanyak RM50.00. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima dan dianggap lupus jika bantahan ditolak.

6.3 Bantahan tersebut hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut.


7.0 Maklumat Tambahan

7.1 Tiada ’handicap’.

7.2 ‘Foul lines’ tidak akan digunakan dalam pertandingan ini.

7.3 Setiap pasukan hendaklah berada di tempat permainan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.

7.4 ‘Dress code’ yang sesuai dan tidak menjolok mata.

7.5 Peserta boleh menggunakan bola dan kasut yang disediakan oleh Pin Junction tanpa sebarang bayaran.

7.6 Peserta tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman ke dalam Pin Junction kerana terdapat sebuah Café untuk kemudahan peserta.

7.7 Peserta tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan permainan kecuali di tempat yang telah dikhaskan untuk merokok atau di luar Pin Junction.

7.8 Ahli keluarga atau bukan pemain tidak dibenarkan berada di dalam kawasan permainan. Ini adalah untuk mengelak kesesakan di kawasan permainan dan mengganggu konsenstrasi pemain.


8.0 Ahli Jawantkuasa Penganjur

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi:

Urusetia Bowling (Berpasukan) Amal ”Inter Yahoogroups Malaysia” Respeks 2009

1. Pn. Atiey (atieyluv@gmail.com) 012-3255952

2. Pn. Anie (kuzi51175@yahoo.com) 012-9103552

3. Cik Eyta (eyta_dhira@yahoo.com) 012-3848435

4. Cik Sue (sue_froggy@yahoo.com) 012-6990430

5. Cik Rini 012-8315856


PENGARAH PROGRAM

Irwan Saufi
matrock_e1@yahoo.com

1 comment:

haniko said...

nak join...
tapi...
no friends..
uhuks