Wednesday, December 12, 2007

Notis : Mesyuarat AgoNg Tahunan ReSpeKs

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Memaklumkan satu Mesyuarat Agong Tahunan ReSpeKs Groups akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Disember 2007
Masa : 3 Petang
Tempat : Restoran Darul Ehsan, Seksyen 11, Shah Alam

Kehadiran adalah terbuka untuk semuah ahli yahoogroups ReSpeKs walau di mana jua sahabat berada... Sila daftar nama sahabat di database dalam laman yahoogroups @ sila klik di sini :

Database.

Terima kasih atas segala kerjasama dari semua ahli.

Tuesday, December 11, 2007

Catatan Perjalanan : Ziarah ke Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Manjoi, Ipoh

Assalamualaikum w.b.t... salam buat semua warga ReSpeks,

Tiada rasa suka untuk dinyatakan di sini... mungkin saya tidak tergolong dalam mereka yang kekurangan ini... bila sebut saja anak yatim, orang miskin hati selalu berkata... aku masih seorang yang beruntung... Menyusuri perjalan kesana bersama rakan seperjuangan... hati dan matlamat yang sama...


Terima kasih Nufa dan suami yang menjadi penunjuk arah sepanjang perjalan saya dan rakan2 di Ipoh... kami tiba tepat jam 1.15 petang... kehadiran disambut oleh petugas pusat jagaan... terpancar keriangan diwajah mereka melihat kehadiran kami dengan membawa KFC... mungkin mereka bersorak kecil... En. Rahim dan Kak Fauziah membawa makan ringan serta coklat...

Kami menjamu anak2 makan KFC sambil beramah mesra dengan mereka... mereka ini jujur... bercerita, mengadu, merengek seolah2 telah lama mengenali kami... ada yg ditanya mana ayah dan ibu... ada yg menjawab dalam penjara tanpa riak sedih diwajah mereka... mungkin mereka masih kecil atau mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut... hanya mereka yg tahu...

Aktiviti hari itu kami teruskan dengan pergi ke Tesco Extra untuk membeli barang2 keperluan Pusat Jagaan dengan sumbangan warga Respeks... kami membeli barang2 keperluan dapur, mandian dan cucian... selesai kami terus ke Manjoi untuk membeli sedikit kuih miuh untuk minum petang...


Anak terkejut melihat kami kembali... pada sangkaan mereka kami telah balik ke Kuala Lumpur... kami minum petang bersama2 mereka... jangkaan kami ingin balik selepas selesai solat Asar... tiba2 En. Khairul balik dari Penang... beliau meluahkan segala2 yg terbuku... terlalu banyak persoalan yg perlu diselesaikan...


Lepas magrib kami menyajikan anak2 makan... pada siangnya malu2... tapi sebelah malam mereka terlalu manja... ada yg ingin disuap... ada yg tak benarkan kami balik... tinggal dengan mereka... anak2 ini perlukan perhatian dan kasih sayang... terkedu dan sebak bila salah seorang daripada mereka berpaut pada Pojiee... kakak tinggallah dengan kami, kerja dekat sini, kawin kat sini... saat itu kami hanya mampu merenung dan tersenyum sedangkan dihati masing2 menangis...


Saat yg kami tak mahu lalui... takut menangis sebenarnya... anak2 beratur dan bersalaman dengan kami dan kami menyumbang sedikit hadiah buat mereka... kepulangan kami mereka hantar dengan lambaian... kecundang juga akhirnya... kesedihan meninggalkan mereka... saya menangis... Insyaallah kami akan kembali lagi...

Itu saja pengalaman yg dapat saya dan rakan2 kongsi dengan warga Respeks. Kepada yng telah menyumbang apa saja bagi menjayakan lawatan kami ini... terima kasih tak terhingga kami ucapkan... hanya Allah dapat membalas kebaikan dan keikhlasan semua...


Salam sayang,
Ani dan rakan2.

Monday, November 12, 2007

Hari keluarga : Cenderahati Respeks

Assalamualaikum dan salam sejahtera... khusus buat sahabat respeks...Berikut adalah gambar T Shirt... Dari bahagian belakang sahajalah yer hehe. Maklumlah model ni pemalu sikit kwang kwang kwang...

Yang ni plak dari bahagian depan. Hero-hero respeks yang gagah lagi perkasa... tapi sayang kebanyakannya dah berpunya... Inilah design bahagian depan T shirt kita yer...


Di bawah ni plak adalah cenderahati dari Si... mesti tahu siapa orangnyakan kan kan??? Pada yang berminat boleh order, sikit masa lagi... Saborrrr!!!


Maaf gambar sticker tak sempat nak ambik dah ditampal belakang kete, semangat sangat hehe... Insya Allah kalau sempat sat lagi ambik ngan gambar kete-kete sekali. Huhu. Fuh... sempat juga masukkan gambo sticker ni. Ambik ngan gambo-gambo kete lagi... Sori yer. Tu le kita punya sticker. Ada dua sticker besar dan sticker kecil... depan dan belakang... Harga RM15.00 sahaja. Sorilah gambo di bawah ni yang besor je... Kalau berminat boleh kontek Brother Wan kita. Ok...

Oklah. Setakat ni dulu maybe ada lain-lain member akan masukkan perkembangan terkini...

Saturday, November 10, 2007

Hari Keluarga : Barisan AJK

TARIKH: 10-11 Nov 2007
TEMPAT: The Woods Resort, Ulu Yam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua Ahli Respeks.
Berikut adalah Ahli JawatanKuasa yg merealisasikan Hari Keluarga pada hari tersebut.



Dari belakang: wan mohd faizal, fatiq, sofri, radzillah, najimudin (mod), irwan (mat rock), pak tam, razak
Depan: idham, pojee, dyah, bib, eyta, ani
Tak lupa juga buat yami,en.kamarul dan en.rahim...(tu ar sape soh balik awal..kn xbleh pose..hehehe..)