Thursday, December 10, 2009

RESEPI JAMBU BATU ASAM BOI & PIC PULUT KUNING



Assalamualaikum semua,


29/11/09 Aku buat doa selamat skit. Sambutan 3 dalam satu iaitu hari kelahiran aku dan anak no. 2 serta ulang tahun perkahwinan. Saja nak tayang pulut kuning yang ku buat pada hari tersebut. Pulut kuning tu adalah percubaan ku kali pertama. Selama ni cuma tolong mak buat. Alhamdulillah menjadi. Tapi kat sini aku nak kongsi satu resepi yang diceduk dari tetamu Chef Wan dalam siri Ole-ole Chef Wan "Jambu Batu Asam Boi". Resepi tu aku agak-agak jer bahan-bahannya tetapi hasilnya ermmmm.....lu pikirlah sendiri.
JAMBU BATU ASAM BOI




















Bahan-bahannya
1 biji jambu batu (potong kecil)
5 biji asam boi putih (ambil isinya di potong kecil)
3 biji cili padi (potong halus)
* kalau tak suka pedas boleh kurangkan cili
4 biji limau kasturi (ambil jus nya)
1 biji bawang besar
1 sudu besar gula

Cara-caranya :
  • Jambu di basuh kemudian di potong enam. Rendam selama 1/2 jam dalam air ais dengan 1 sudu teh garam.
  • Kemudian jambu di hiris setebal 1/2 cm, jangan terlalu nipis atar terlalu tebal.
  • Letak dalam mangkuk besar.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan cili api, asam boi, bawang besar, gula dan jus limau. Gaul hingga sekata.
  • Simpan sekejap dalam peti ais. Siap dimakan.

Selamat mencuba.