Monday, April 20, 2009

ReSpeKs dan Rakan ReSpeKs...

Salam rakan blog...


Hari ni abi, ingi menulis berkaitan yahooogroups rakan respeks dan respeks_group... hehe. Apa ke benda ya dua ni??? Beberapa orang sahabat bertanyakan perkara ini secara langsung dengan abi. Hendak tak hendak abi kena terangkan duduk cerita. Oklah tak perlu diperpanjangkan... Terus.


Respeks_group atau RG adalah satu yahoogroups umum. Umum bermakna sesiapa sahaja yang berminat untuk turut serta dalam perbincangan pelbagai isu di sana adalah dialu-alukan. Tidak ada had pada sesiapapun jua... di sana perbincangan terbuka. Apa sahaja isu boleh diperbahaskan namun hendaklah menepati adab sebagai seorang Muslim. Itu sahaja...

... rakan respeks pula adalah, satu yahoogroups yang dibina khusus oleh barisan pentadbir respeks group.


Kenapa dan mengapa ia dibina???

Memandangkan ramai yang berminat dengan konsep yang diketengahkan oleh respeks group, di mana selain kita bersembang di maya, kita juga mengadakan pertemuan2 santai bagi mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain disamping membuat kebajikan dan bekerjasama dengan badan2 dan pertubuhan NGO mahupun rumah2 kebajikan.

Setakat ini respeks_group telah membantu sedikit sebanyak dua buah rumah anak yatim iaitu Rumah Siraman Kasih Rawang & Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Ipoh Perak... Bagi melicinkan pergerakan dan tidak menganggu perjalanan group utama iaitu Respeks_group, pihak pentadbir group merasakan perlunya ada satu group khusus untuk membincang dan merangka kerja-kerja kebajikan dan santaian ini disamping sembangan yang mungkin akan menganggu perjalanan respeks group. ( maklumlah bila dah kenal akan bersembang macam2 hehe ). Maka tercetuslah apa yang dinamakan sebagai rakan_respeks.


Siapakah yang boleh menganggotai rakan_respeks???

1) Mereka yang berminat dengan konsep yang diketengahkan oleh respeks_group.

2) Mereka yang pernah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh respeks_group. Ini bermakna kesemua rakan-rakan yang pernah mengikuti apa jua program yang telah diadakan oleh respeks_group adalah layak untuk mengaggotai rakan_respeks.

3) Ikhlas dalam kerja2 kesukarelaan dan kebajikan.

4) Mendapat persetujuan pihak pentadbir rakan respeks.


Apakah perbincangan di rakan_respeks???

1) Perbincangan utama adalah berkaitan dengan satu2 program yang akan diadakan oleh respeks_group.

2) Sembangan biasa bagi menjalin dan merapatkan ukhuwwah antara rakan respeks

3) Tiada perbincangan politik di sini, rakan respeks bersifat neutral.


Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Kerjasama dari seluruh ahli rakan respeks dan respeks_group kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian. Wassalam
Moderator respeks_group

16 comments:

mijio82 said...

wah bagus blog ni....

whitecane said...

Saya mohon supaya unsubscribe to respek group.
Terima kasih.

Zulazhan said...

salam. saya nak tanya, adakah kisah keluarga penoreh getah dan sup tulang sebuah cerita benar? bagaimanakah keadaan keluarga tersebut skrg?

Anonymous said...

Korang nak buat kebajikan aku takde hal..yang RG09 hijack inbox email aku tak pasal-pasal ni apahal?? moderator tido kaaa?? kau tak nampak ke puluhan ribu permohonan nak unsubscribe tu??

Sebelum nak RESPEKS HAK DAN PANDANGAN ORANG LAIN, RESPEK dulu kami yang suka hati pakcik korang je nak spam...

Unknown said...

salam ziarah...

[Rxlite Worldwellness - Jom Jadi Usahawan RxLite]
[Internet Radio Live]
[Download Lagu]

azriekin said...

tolong unsubsribe. banyak sangat email dlm inbox i.. i x penah mohon join group ni.. my email 2 u tuk keje aje.. so la ni x dpt nk cari email dr kontraktor.. please.. unsubsribe. tqvm

Unknown said...

tolong unsubsribe. banyak sangat email dlm inbox i.. kerjasama anda amatlah kami hargai, so please.. unsubsribe. tqvm

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ana yunos malaysia art etc said...

bagaimana nak unsubscribe dari respek group?

ana yunos malaysia art etc said...

i just found the email address to unsubscribe:

Try sending a note to admin:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

I sent an email to unsubscribe, will see how it goes

ana yunos malaysia art etc said...

it worked. the yahoo group admin will send you a message to confirm your unsubscribe request. Just reply to the unsubscribe message and ...within a minute..you are done. No more RG09 in your mailbox... less serabut now;-)

Akh.Zul said...

tolong unsubscribe...serabutlah email saya..

Akh.Zul said...

tolong unsubcribe..tqvm..

lyana said...

tolong unsubscribe email aku.. terima kasih.. saya dah cube pelbagai cara tp still x boleh.. sila respek hak & privacy saya...

lyana said...

tolong unsubscribe email aku.. terima kasih.. saya dah cube pelbagai cara tp still x boleh.. sila respek hak & privacy saya...

Fatin Fairuz said...

tolong unsubscribe aku dari email list korang..buat semak jerk ngan puluh2 ribu emel nak masuk..sampai aku kena buat emel baru sbb tak larat nk delete email korg yang ntah ape merapu meraban tuh! Respek konon..!Respek la privacy org lain sebelum nak hack org punye emel and suke-suki jerk subscribe kn emel org lain masuk dlm group korang!!

Learn how to respect first if u expect to be respected!