Saturday, April 18, 2009

Bowling : Terima kasih semua...

Salam rakan blog...


Alhamdulillah. Dengan izin Allah berakhirnya program kejohanan bowling respeks-group bersama Aman Palestin tepat jam 5 tadi... dengan jayanya. Di kesempatan ini... abi ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua Ahli Jawatankuasa bowling 2009 yang diketuai oleh saudara Abdul Razak dan Mat Rock... dengan barisan AJKnya. Tak perlu abi nyatakan satu persatu. Tahniah dan terima kasih. Jasa, tenaga dan upaya kalian semua hanyasanya Allah jua yang mampu membalasnya... Amin.


Jutaan terima kasih juga abi dan barisan AJK bowling 2009 ucapkan di atas kerjasama tidak berbelah bahagi dari pihak Aman Palestine sejak dari awal lagi. Terima kasih. Moga kita dapat bekerjasama lagi dilain masa. Insya Allah. Amin.


Juga, kami barisan AJK bowling 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Rumah Anak Yatim Siraman Kasih dan Ruman Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Ipoh Perak... di bawab kelolaan Ustaz Ridzuan dan En Khairul serta Mak Kamariah di atas kesudian pihak tuan bersama kami... segala kekurangan dan kelemahan dari pihak kami, abi pohon kemaafan. Semoga kerajasama yang baik ini akan diteruskan sampai bila-bilapun.


Kepada penyumbang2 tak kiralah apapun sumbangan anda... hadiah cabutan bertuah ke, kek lapis ke, nasi lemak ke, seri muka ke... wakakaka sumbangan tenaga ke idea ke... tidak ada perkataan yang dapat abi gambarkan sebagai tanda terima kasih. Semoga Segala kebaikan dan murah hati kalian semua... Akan dibalas setimpal oleh Allah di akhirat nanti. Amin.


Pada rakan-rakan peserta yang menjayakan kejohanan bowling amal kali ini... juga tiada perkataan dapat abi gambarkan. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Akhirnya berjaya juga AJK bowling mencapai sasaran bahkan berlebih satu team. Syukur. Sasaran hanya 36 team. Tetapi kita mendapat kelebihan satu team menjadikan 37 team. Syukur padaNya. Semoga kita akan bertemu lagi di tahun hadapan.


Pada team abi... NANA, NAIM dan NUR waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa semua pangkal N walalala. Dan abipun N gok Najim... hehehe. Longkang Team. Maafkan abi kerana menyebabkan team kita berada di tempat ke 3............................................. dari bawah wakakakakaka. Tulah lain kali jangan team lagi ngan abi tau. Hehehe. Nana siap wat team baru lagi tu... sesi petang tak puas hati wakakaka.


Pada ratu dan raja longkang ekekekeke.... Boleh cuba lagi di tahun hadapan untuk menjadi raja dan ratu jatuhan terbanyak, rampas dari Datok Ismail dan Kak Azimah...


Kepada pemenang tahun ini. Kami warga respeks mengucapkan tahniah dan syabas. Tahniah pada Peace 4 Palestine.................... Tahniah. Tahniah. Tahniah. Pada yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan. jangan keciwa.


Sahabat juga boleh mendapatkan CD kejohanan dengan harga RM12 melalui barisan AJK... kepada mereka yang tidak sempat memberikan nama di kejohanan boleh maklumkan pada Anie @ abi sendiri...


Pada semua yang terlibat... segala kritikan membina dari sahabat serta cadangan demi memantapkan lagi kejohanan di tahun-tahun mendatang amat kami alu-alukan. Anda dipersilakan...


Untuk akhirnya sekali lagi abi bagi pihak seluruh warga kerja respeks groups memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menjayakan program kali ini. Jumpa lagi di tahun hadapan. Jumpa lagi.....................


Perhatian : Pada sahabat yang menegur abi secara langsung semasa di sana, dan abi seolah macam tidak layan dan tak berapa ingat abi pohon maaf... Maaf sesangat, kerana ramai juga yang tegur abi dan abi kurang memberi layanan baik... Maaf kerana mungkin tidak dapat melayan dengan baik. Antara yang menegur MODERATOR MANGKUKHAYUN SI TULIP, MODERATOR KELAKAR TORRES ( terima kasih sangat kerana sudi mencemar duli wakakakaka )... DR SHAH GERAKAN BELIA 4B, Nadjeer... Mami Ros, Sabri dan beberapa rakan lain yang tak sempat abi sembang. Adois. Maaf sesangat pada semua. Anda semua adalah sahabat yang baik. Terima kasih.

No comments: