Friday, December 5, 2008

WASWAS DALAM SHOLAT: BAGAIMANA MENGATASINYA 1?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Memperolehi kesempurnaan dalam sembahyang merupakan
impian setiap muslim. Mereka cuba sedaya upaya untuk
menghadirkan hati agar khusyuk dalam sembahyang, di samping
melaksanakan perkara rukun dan sunat sembahyang dengan
sempurna. Untuk khusyuk dalam sembahyang pula bukanlah suatu
yang mudah, tetapi ia juga bukan suatu yang mustahil untuk
dicapai.
Khusyuk dalam sembahyang boleh terganggu dengan adanya
perasaan waswas yang wujud di dalam hati, seperti waswas ketika
mengangkat takbiratul ihram, waswas pada bacaan dalam
sembahyang dan yang seumpamanya.
Dari manakah punca perasaan waswas ini dan bagaimanakah pula
cara mengatasi? Irsyad Hukum kali ini akan menjelaskan serba
sedikit mengenai perkara ini.
Apa Dia Waswas?
Waswas menurut Kamus Dewan bererti perasaan sangsi, curiga
dan khuatir. Dari istilah Bahasa Arab pula bererti sangkaan buruk
yang merunsingkan hati atau fikiran dan godaan batin.
Dalam kitab Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah pula, waswas
bermaksud kesibukan fikiran dengan pemikiran yang mengganggu
dirinya, dan ini menggalakkannya untuk melakukan perkaraperkara
yang bodoh.
Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, al-Waswasah ( (الوسوسة
adalah bisikan hati (dalam diri).
Waswas merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan
(bertujuan untuk menganggu manusia). Oleh yang demikian,
seorang muslim itu hendaklah tidak patuh pada (bisikan atau
hasutan) syaitan yang menganggu dirinya dengan perasaan
waswas. Bahkan hendaklah dia mengambil langkah berhati-hati
yang menghalangnya dari berperasaan waswas itu.
Waswas Semasa Sembahyang Dan Dalam Sembahyang
Menurut al-Allamah Sayyid al-Bakri Rahimahullah, sembahyang
tidak batal jika waswas timbul kerana ia adalah fikiran yang datang
tanpa pilihan (ia hanyalah mainan fikiran).
Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab individu
mencari jalan atau cara untuk mengatasinya agar sembahyang
dapat dilakukan dengan penuh khusyuk.
Antara waswas yang sering terjadi pada sesetengah individu ketika
bersembahyang ialah:
1) Waswas Pada Niat Sembahyang Dan Takbiratul ihram
Seseorang yang seringkali dilanda waswas ketika mengangkat
takbiratul ihram akan menyangka bahawa niat yang dilakukan
ketika takbiratul ihram itu tidak sempurna atau iringan antara niat
dan takbir itu salah dan yang seumpamanya. Waswasnya itu
menyebabkan dia terpaksa mengulang niat dan takbiratul ihram itu
kerana takut sembahyang yang dilakukannya itu tidak sempurna
atau batal disebabkan niat dan takbiratul ihram yang tidak
sempurna atau salah itu.
Menurut al-Allamah asy-Syarbini al-Khathib Rahimahullah,
waswas yang datang ketika takbiratul ihram adalah permainan
syaitan dan itu menunjukkan lemahnya akal fikiran dan kurangnya
ilmu mengenai agama.
Mengetahui niat sembahyang dengan jelas, cara melafazkannya
samada sebelum atau seiring dengan takbiratul ihram, sebenarnya
membantu mengelak dari timbulnya waswas ketika berniat dan
mengangkat takbiratul ihram.
Lafaz Niat dan Cara Takbiratul Ihram
Niat dari segi syarak bererti kemahuan untuk melaksanakan
sesuatu perkara sambil terus melakukan perkara tersebut.
Seseorang yang hendak melakukan sembahyang fardhu wajib
menghadirkan di dalam hatinya tiga perkara, iaitu:
a. Qashad (tujuan hendak sembahyang)
b. Ta‘yin (menentukan sembahyang Zhuhur dan sebagainya)
c. Ta‘arrudh al-fardhiah (pernyataan fardhu).
Maka dari ketiga perkara tersebut, inilah contoh niat yang wajib
bagi sembahyang fardhu:
Ertinya: “Aku sembahyang fardhu Zhuhur.”
Begitu juga wajib pernyataan qashar bagi musafir, dan pernyataan
“imam” dan “ma’mum” bagi yang sembahyang berjemaah.
Manakala niat dengan lafaz-lafaz sunat sebagaimana berikut:
a. Ta‘arrudh li ada’i aw qadha’i (pernyataan untuk
sembahyang tunai atau qadha)
b. Ta‘arrudh ‘adadi raka‘ati (pernyataan bilangan raka‘at)
c. Idhafah ‘ila Allah Ta‘ala (disandarkan kepada Allah Ta‘ala)
Contoh niat yang wajib disertakan dengan lafaz yang sunat pula
ialah:
ُErtinya: “Aku sembahyang fardhu Zhuhur empat raka‘at tunai
kerana Allah Ta‘ala.”
Seseorang yang hendak sembahyang fardhu Zhuhur, hendaklah
menghadirkan dalam hatinya tujuan untuk sembahyang fardhu
Zhuhur, dan sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, seperti: (ertinya: “Aku sembahyang fardhu Zhuhur”) lalu
terus mengangkat takbiratul ihram dengan ucapan:
(ertinya: “Allah Maha Besar”) sambil di hatinya masih
menghadirkan atau masih ada niat untuk sembahyang fardhu
Zhuhur sehingga selesai mengucap takbir itu.
Sunat melafazkan niat sebelum mengangkat takbiratul ihram agar
lidah dan hati saling bantu membantu untuk menghadirkan niat,
dan mengelak waswas.
Menurut al-‘Allamah al-Bujairimi Rahimahullah, pendapat yang
muktamad adalah memadai menghadirkan niat beriringan dengan
takbiratul ihram menurut ‘urf (kebiasaan); iaitu menghadirkan niat
pada mana-mana bahagian ucapan takbiratul ihram. Sebagai
contoh, tujuan untuk sembahyang fardhu Zhuhur dihadirkan pada
mana-mana bahagian ucapan takbiratul ihram.
Menurut Imam al-Ghazali Rahimahullah, adalah memadai
menghadirkan niat beriringan dengan takbiratul ihram mengikut
‘urf (kebiasaan) bagi orang biasa, kerana melaksanakan yang
sedemikian itu dianggap sudah menghadirkan niat untuk
sembahyang. Berlainan bagi orang-orang tertentu (seperti sahabatsahabat
Nabi Radhiallahu ‘anhum), mereka mampu menghadirkan
niat beriringan dengan takbiratul ihram dengan cara yang hakiki;
iaitu menghadirkan niat yang beriringan dengan keseluruhan
ucapan takbiratul ihram
Menurut sebahagian ulama, berhati-hatilah jika syaitan menyerang
dengan keburukan waswas (ketika takbiratul ihram). Jika terjadi
sedemikian atau terjadi di luar kemampuan, maka lakukanlah
seperti apa yang telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali
Rahimahullah sebagaimana di atas, bagi tujuan memudahkan
(untuk menghadirkan niat).
2) Waswas Pada Bacaan Dalam Sembahyang
Terdapat juga sebahagian orang ramai yang berasa waswas pada
bacaannya dalam sembahyang sehingga menimbulkan sikap yang
keterlaluan dalam pengucapan huruf, lantas kurang perhatian untuk
memahami apa yang dibaca.
Menurut Ibnu al-Jauzi Rahimahullah: Antara tipu daya Iblis
terhadap orang yang sembahyang ialah mendatangkan waswas
pada makhraj huruf. Ada yang membaca ‘al-hamdu… alhamdu…’
berulang kali sehingga menyebabkannya terkeluar dari
adab sembahyang. Adakalanya Iblis mendatangkan kepadanya
waswas ketika membunyikan tasydid (huruf bersabdu), dan
adakalanya ketika membunyikan huruf dhad pada kalimah almaghdhub
dalam surah al-Fatihah sehinggakan terkeluar air
ludahnya kerana terlalu kuat tekanannya pada tasydid (huruf
bersabdu) tersebut.
Penyebutan huruf secara keterlaluan dan melampui batas adalah
waswas yang didatangkan oleh iblis untuk menyibukkan orang
mu’min pada sebutan makhraj sehingga perhatian untuk
memahami bacaan berkurangan.
Adapun yang dikehendaki pada bacaan itu adalah menyebut
makhraj huruf dengan betul, bukanlah keterlaluan menyebutnya
sehingga memberatkan diri sendiri.

No comments: