Thursday, December 4, 2008

Kemudahan dan barang2 keperluan yang perlu dibawa bersama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Antara kemudahan yang terdapat di Perkhemahan Gunung Senyum:-
1) Chalet 4 unit. (tiada kekosongan kerana sudah di tempah oleh sahabat)
2) Dome 4 unit (2 untuk wanita)
(2 untuk lelaki )

3) Tandas Lelaki dan juga wanita
4) Surau
5) Dapur
6)Kawasan permaian
7) Pentas (boleh berkaraoke)
8) Dewan makan (terbuka)
9) Kolam memancing
10) Acara menyebarang tali (paragliding)
11) Tempat letak kereta yang selesa.
12) Kawasan perkhemahan bagi mereka yang ingin mendirikan khemah.

Kelengkapan tidor yang perlu di bawa sendiri.
1) Tilam
2) bantal
3) Selimut
4) Kelambu
5) Ubat nyamok

Kelengkapan semasa mendaki gunung.
1) Kasut sukan atau boot untuk mendaki (mempunyai tapak yang baik bagi mengelakkan licin dan tergelincir.)
2) Pakaian sukan termasuk setokin (terutama bg yang membawa kanak-kanak semasa melawat gua2.
3) Baju T yang mempunyai lengan panjang (mengelakkan nyamok atau unggas2 lain)
4) Bag galas belakang (bagi memudahkan pergerakkan semasa berjalan)
5) Lampu suluh jika ada ( kalau2 di perlukan bg melihat pemandangan di kawasan yang kelam atau gelap)
6) Jika sesiapa yang ada kelengkapan First Aid adalah di galakkkan membawa bersama.
7) Baju hujan (kalau-kalau berlaku hujan ketika mendaki)

Keselamatan semasa menuju ke Gunung Senyum.
Jalan menuju ke Gunung Senyum adalah di dalam keadaan yang cukup baik.
Memandangkan jalan menuju ke Gunung Senyum yang agak sempit dan jalan kampong adalah di nasihatkan supaya sahabat2 semua memandu dengan berhati2, jangan terlalu laju ini kerana terdapat banyak haiwan ternakan yang berkeliaran di tepi jalan terutama lembu dan kerbau. Sudah barang
Terdapat juga kanak-kanak yang bermain di tepi jalan dan juga kanak-kanak yang menunggang motosikal.
Kerjasama sahabat amat di harapkan demi kesejahteraan kita semua.

Masa & Tempat berkumpul;

1) Bagi sahabat yang dari utara dan selatan serta Kuala Lumpur / Selangor yang melalui Lebuh Raya Karak tempat berkumpul adalah di Stesen Minyak BP Karak ( 1 kilometer selepas tol Gombak) pukul 8.30 am- 10.00
2 ) Bagi sahabat dari pantai timor, sahabat boleh memilih tempat pertemuan yang selesa untuk bergerak bersama-sama dan boleh memilih untuk terus masuk ke Gunung Senyum.


Pemberitahuan:
Sahabat mempunyai 2 pilihan untuk sampai ke Gunung Senyum.
1) Keluar di Tol Temerloh
2) Keluar di Tol Lanchang dan menghala ke Temerloh melalui jalan lama sehingga sampai ke Hospital Temerloh.

No comments: