Sunday, December 7, 2008

AWAS..! Klon Group ReSpeKs Dikesan..!

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera...

Entri ini agak panjang dan aku harap para pembaca, ahli-ahli yahoogroups dan para moderator yahoogroups dapat meluangkan masa membaca entri ini, juga terima kasih atas kerjasama anda (sekiranya entri ini diluluskan oleh pihak moderator yahoogroups tanpa sebarang edit).

Pagi sabtu, email moderator ReSpeKs@yahoogroups.com (saudara umar faruqi) telah diceroboh oleh penggodam yang tidak dikenali dan penggodam tersebut telah bertindak memadam ReSpeKs@yahoogroups.com yang keahliannya berjumlah lebih 20.000 orang.

Selain daripada itu, 2 email saudara umar faruqi juga telah dipadamkan dari yahoo mail dan penggodam juga telah bertindak memadamkan juga sebuah lagi yahoogroups kelolaan ummi iaitu respons@yahoogroups.com. E.mail faruqi tersebut ialah : faruqi03@yahoo.com ( milik abi ) dan rhyaby732002@yahoo.com ( milik ummi ). Pada sahabat-sahabat sila delete id tersebut di YM anda. Sekiranya masih ingin bersembang dengan abi sila add id ini faruqi2001@yahoo.com.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan penggodam tersebut melakukan perkara begini tetapi apa yang pasti, penggodam telah berjaya dalam misinya. tahniah pada penggodam dan juga amaran kepada para moderator lain-lain yahoogroups.

Untuk makluman anda juga, saudara umar faruqi telah membuka satu groups baru iaitu respeks_groups@yahoogroups.com. groups ini adalah sinambungan dari ReSpeKs@yahoogroups.com yang terdahulu (yang telah dipadamkan dari yahoogroups). group terbaru kelolaan saudara umar faruqi boleh dilayari di [sini] dan linknya - http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/.

PENTING!!! terbaru, pihak kami telah dapat mengesan kewujudan sebuah lagi group yang dipercayai ditubuhkan oleh penggodam email umar faruqi iaitu group_respeks@yahoogroups.com. ianya boleh dilayari di [sini] dan linknya - http://groups.yahoo.com/group/group_respeks/.

Diharap para pembaca dan pelayar tidak tertipu dengan penipuan penggodam tersebut. group kelolaan saudara umar faruqi ialah respeks_group manakala klon respeks ialah group_respeks.

Perbezaan yang dapat dilihat pada kedua-dua homepage group adalah minima dimana penggodam telah menciplak 100% template style (kecuali warna - klon respeks berwarna biru manakala original respeks berwarna hijau sehingga entri ini dipublish).

Pada bahagian info (Group Information) group_respeks (klon respeks) menerangkan butir-butir dibawah :

Group Information
  • Members: 3
  • Category: Groups
  • Founded: Dec 7, 2008
  • Language: English

Manakala bahagian info (Group Information) respeks_group (original respeks) menerangkan butir-butir dibawah :

Group Information
  • Members: 225
  • Category: Other
  • Founded: Dec 6, 2008
  • Language: English

Disebelah ini pula ialah printscreen ruangan message klon respeks dimana ianya belum aktif (tiada sebarang mail lagi dari klon respeks.

Group Email Addresses klon respeks pula hanya memaparkan info dibawah sahaja.


manakala info bagi original respeks pula memaparkan info :



Selain dari itu juga, pihak penggodam yang kini telah menjadi moderator klon respeks juga telah mula menjalankan misinya mengelirukan para ahli ReSpeKs lama dengan menghantar email seperti dibawah kepada semua groups yang disertainya - rujuk gambar bawah.

Penggodam dan juga moderator klon respeks menggunakan nama Respeks Guy dan juga email faruqi2008@yahoo.com. dalam email tersebut penggodam mengatakan bahawa "Dua hari lepas telah berlaku perebutan kuasa dan kutuk mengutuk antara ahli-ahli group respeks. Akhirnya salah seorang dari moderator telah men delete group tersebut."

Hakikat dan kenyataanya ialah ReSpeKs@yahoogroups.com hanya memiliki SEORANG SAHAJA MODERATOR sejak ianya ditubuhkan beberapa tahun dulu dan saudara umar faruqi juga tidak pernah melantik mana-mana individu menjadi moderator selain dirinya sendiri bagi memastikan hala tuju group tidak tersasar dari apa yang telah dimulakan dahulu.

Jadi bagi pihak respeks_group@yahoogroups.com saya memaklumkan dan mengingatkan anda para pembaca, bekas-bekas ahli ReSpeKs@yahoogroups.com, para moderator lain-lain yahoogroups supaya tidak melayan sebarang email kenyataan dari individu yang menggunakan nick "Respeks Guy" dan juga email faruqi2008@yahoo.com berkenaan klon respeks_group@yahoogroups.com.

Para moderator semua yahoogroups juga diminta berhari-hati dengan individu berkenaan kerana "kebolehannya" menggodam tidak boleh diambil enteng. ReSpeKs telah hilang ditelan bumi dan tidak mustahil selepas ini akan ada lagi mangsa seterusnya.

Pada bekas-bekas ahli ReSpeKs@yahoogroups.com, anda boleh menyertai komuniti ini kembali dilink http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/ (harap dapat pelepasan pemberitahuan ini dari para moderator budiman).

Semoga bertemu kembali dipentas baru, Selamat Aidil Adha.

Wassalam.

1 comment:

Bawang Goreng said...

Sorry, saya tak faham...

Apa pasal nak berebut ye? Dapat duit ke? Hik! Hik!