Friday, December 5, 2008

WASWAS DALAM SHOLAT: BAGAIMANA MENGATASINYA 2?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Punca Timbulnya Perasaan Waswas Dan Cara Mengatasinya
Ketika Bersembahyang
Waswas timbul kerana lemahnya akal fikiran dan kurangnya ilmu
agama.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah waswas ketika
sembahyang, seorang muslim itu hendaklah mengambil langkahlangkah
sebagaimana berikut:
1) Mendalami Ilmu Agama
Mempelajari ilmu mengenai ibadat secara mendalam, dari sudut
kebersihan, kaifiat (cara) memasang niat untuk sembahyang,
mengangkat takbiratul ihram, bacaan-bacaan yang betul dalam
sembahyang dan sebagainya adalah antara perkara yang boleh
membantu menjauhi perasaan waswas yang ditimbulkan oleh
syaitan.
Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Seorang faqih (ahli ilmu agama) lebih susah bagi
syaitan (mendatangkan waswas di hatinya) daripada seribu orang
ahli ibadat (yang jahil).”
(Hadis riwayat at-Tirmidzî)
Menurut Ibnu al-Jauzi Rahimahullah, kejahilan merupakan jalan
utama iblis masuk pada diri manusia, iaitu iblis masuk (menghasut
dan membisik-bisik waswas pada) orang-orang yang jahil dengan
cara aman (mudah). Manakala pada orang yang berilmu, dia
mencuri-curi (lantaran susah untuk dia menghasut atau membisikbisik
waswas).
2) Menghadirkan Hati Untuk Khusyuk Ketika Sembahyang
Salah satu cara yang boleh membantu menghilangkan rasa waswas
adalah menghadirkan hati ketika menunaikan sembahyang.
Apabila hati tidak dapat hadir di dalam sembahyang (tidak dapat
menjiwai perkataan dan perbuatan sembahyang), maka ia tidak
akan kosong, bahkan berputar memikirkan perkara-perkara dunia.
Oleh kerana itulah, terdapat antara kita yang zahirnya sembahyang,
namun hati dan fikiran melayang di tempat lain.
Menurut Imam al-Ghazali Rahimahullah, antara cara
menghadirkan hati ketika sembahyang adalah dengan
mengosongkan hati dari segala perkara yang mengganggu fikiran.
Perkara-perkara yang mengganggu fikiran itu dapat dicegah
dengan menolak penyebabnya.
Apakah penyebab yang menganggu fikiran sehingga kita tidak
mampu menghadirkan hati ketika bersembahyang?
a. Persekitaran
Penyebab persekitaran adalah apa-apa yang terdengar oleh telinga
atau ternampak oleh mata.
Seseorang yang kuat niat dan azamnya untuk sembahyang tidak
akan terganggu dengan apa yang didengar atau dilihatnya.
Namun, orang yang lemah niat dan azamnya akan bercelaru
fikirannya. Maka cara untuk mengatasinya adalah dengan
menundukkan pandangan ke tempat sujud, atau sembahyang di
tempat gelap, atau membuang benda yang boleh mengganggu
fikiran, atau bersembahyang dekat dinding bagi membataskan
pandangan dan mengelak dari bersembahyang di tempat laluan
atau atas tikar yang berukir.
b. Diri sendiri
Penyebab dari diri sendiri juga menghalang dari menghadirkan hati
ketika bersembahyang, umpamanya sembahyang sambil leka atau
hanya untuk menunaikan kewajipan semata-mata. Mengatasi
penyebab ini adalah lebih ditekankan.
Antara cara untuk mengatasi penyebab dari dalam diri adalah
dengan berusaha mengosongkan fikiran dari hal-hal keduniaan
sebelum mengangkat takbiratul ihram dan menumpukan perhatian
pada memahami apa yang dibaca dalam sembahyang.
Seseorang yang hendak sembahyang perlu mengingat akan
dahsyatnya suasana akhirat ketika dia akan berdiri di hadapan
Allah Subhanahu wa Ta‘ala kelak.
Zikir-zikir Yang Boleh Diamalkan Untuk Mengelak Waswas
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah memerintahkan kita untuk
memohon perlindunganNya daripada kejahatan syaitan yang
sentiasa mengintai peluang untuk mendatangkan waswas (hasutan)
kepada manusia. Dalam surah an-Naas, Allah Subhanahu wa
Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung
kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, Yang menguasai
sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian
manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul
tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam
hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin
dan manusia.”
(Surah an-Naas:1-6)
Terdapat beberapa pendapat mengenai maksud al-Khannas) ), antaranya:
i. Syaitan atau anak iblis
ii. Sifat syaitan yang selalu tersembunyi dan tidak kelihatan.
iii. Sifat syaitan yang berundur lari jika seseorang hamba itu
ingat kepada Allah.
Berikut beberapa amalan yang diajarkan oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam:
1) Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca pada waktu pagi (ertinya: Aku berlindung kepada
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada
syaitan yang direjam), maka dipelihara dia daripada (gangguan)
syaitan sehingga petang.”
(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunni)
2) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengajarkan
cara menghindarkan perasaan waswas sebagaimana dalam hadis
riwayat Muslim:
Maksudnya: “Sesungguhnya ‘Utsman bin Abu al-‘Ash
Radhiallahu ‘anhu menghadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan telah
menghalangi sembahyangku dengan bacaanku. Dia menimbulkan
keraguan kepadaku.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Itulah syaitan
yang dipanggil Khinzib. Jika engkau merasakannya, mohonlah
perlindungan Allah daripadanya. Kemudian meludahlah ke
sebelah kiri sebanyak tiga kali.”
(‘Utsman berkata:) Aku pun melakukan seperti apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Allah
pun melenyapkannya dariku.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Terdapat juga amalan yang diajarkan para ulama, antaranya:
1) Jarir bin ‘Ubaidah al-‘Adawi mengatakan yang ertinya:
“Aku mengadu kepada al-‘Ala’ bin Ziyad: “Aku dapati waswas
pada dadaku.” Dia pun berkata: “Itu seperti rumah yang diawasi
oleh pencuri, jika didapatinya ada sesuatu (lalai) dalam rumah itu,
maka dia bersegera kepadanya. Jika tidak, dia pergi
meninggalkannya.” Maknanya, jika hati disibukkan dengan zikir
(mengingati) Allah, tiada peluang bagi syaitan untuk mengganggu.
Tetapi syaitan mengambil peluang untuk mendatangkan waswas
apabila lalai dari zikir (mengingati) Allah.
2) As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abi al-Hawari berkata: “Aku
mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani Radhiallahu ‘anhu
tentang waswas yang menimpaku. Beliau menjawab: “Jika
engkau ingin menghilangkannya, maka apabila saja engkau
merasainya, bergembiralah, kerana jika engkau bergembira,
waswas itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang
paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang
beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah waswas itu akan
bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”
3) Al-Ustaz Abu al-Hasan asy-Syazali Rahimahullah pernah
mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh
menghindarkan waswas dan lintasan fikiran yang tidak baik.
Beliau mengatakan kepada mereka: “Barangsiapa yang merasa
sedemikian rupa, hendaklah dia meletakkan tangan kanannya di
atas dadanya, sambil membaca sebanyak tujuh kali sebelum
mengangkat takbiratul ihram:ِ
Ertinya: “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha
Suci (dari kekurangan), yang Maha Menciptakan (sekalian
makhluk) dan yang Maha Melakukan (apa yang
dikehendakiNya).”
Kemudian membaca Surah Ibrahim, ayat 19-20:
Tafsirnya: “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu
(dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan
makhluk-makhluk yang baharu. Dan yang demikian itu tidaklah
sukar bagi Allah melakukannya.”
4) Menurut sebahagian ulama, digalakkan bagi orang yang
berperasaan waswas ketika berwudhu’, sembahyang dan lain-lain
untuk membaca لا إله الا الله sebab syaitan berundur apabila
mendengar kalimat zikir. Lebih-lebih lagi, kalimat tersebut adalah
induk segala zikir.
Banyak lagi bacaan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri
kita dari gangguan dan hasutan syaitan. Sentiasa membaca al-
Qur’an di waktu pagi dan petang juga adalah salah satu amalan
pelindung diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Perlu kita sedar, bahawa perasaan waswas yang wujud dalam hati
ketika kita melaksanakan sembahyang, hanya gangguan syaitan
semata-mata. Walau bagaimanapun jika waswas dibiarkan di hati,
maka keinginan untuk memperolehi kekhusyukan di dalam
sembahyang tidak akan dapat dicapai.
Oleh itu, berusahalah sedaya upaya untuk menghilangkan perasaan
waswas ini dengan memantapkan ilmu agama, agar tidak mudah
diri kita dijahilkan oleh syaitan yang berusaha memalingkan
manusia dari beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

No comments: