Friday, December 12, 2008

Respeks : Gambar Qorban di Nurul Iman

Salam sahabat...

Alhamdulillah semalam, hari raya qorban ke 3, 10 disember 2008 tercapai juga hajat warga respeks untuk berkorban bersama Anak Yatim Nurul Iman Manjoi. Syukur pada Allah Taala segalanya berjalan dengan lancar... Alhamdulillah.

Lembu Qorban hasil warge respeks

Dua ekor kerbau berjaya di Qorbankan oleh warga respeks sempena hari raya Qorban tahun ini... walau agenda secara agak mengejut namun alhamdulillah berjaya juga mengumpul 14 bahagian. Terima kasih kepada sahabat yang berkorban pada tahun ini. Insya Allah pada tahun depan kita akan cuba buat yang lebih baik. Amin

Para hadirin dan beberapa orang AJK mula membuka acara... huhu.
Bukan senang nak tumbangkan kerbau tu...

Dan akhirnya tertumbang jua... Allah akhbar.

Dengan lafaz Bismillah. Allahu akhbar allahu akhbar allahu akhbar...

Syukur... Selamat di qorbankan. Moga ibadah kami diterima oleh
Yang Maha Esa...

... Dan bermulalah sesi lapah melapah.. Lenguh jugalah. Huhu.

Wa... Angah. Pelapah contoh minggu ini. Huhu.

Setia... hingga ke titisan terakhir.

Pemerhatipun tak kurang ramai huhu. Abipun join sekali memerhati je...

Erm... Ummi Kay ngan teh tariknya. Pasti ummppp. Terima kasih ummi.

Walau di mana jua ku tetap bergaya hehe. Itulah akakku...

Apa yang akak cari tu???...

Sebuah keluarga bahagia... suami mas dan anak-anak.

Wah penatnya. Abang Ajak kita berehat sebentar...

Isk siapa plak ni yer??? Nampak separuh je huhu...
Di belakang Norfah dan suami.
Tq kerana setia menunggu abi walaupun dah jauh malam.
Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Suami Kak Melati... Akak ke yer.
Terima kasih atas kesudian akak bersama kami. Tq.

Inilah wajah Chef kita pada kali ini.
Erm... Kurma daging yang sungguh menyelerakan...
Terima kasih daun keladi ya bang...

Antara anak-anak Nurul Iman. Puteri... Mana yang putera ya???


Berakhirlah...Bersalam-salaman dengan pengetua rumah anak yatim Nurul Iman En Khairul dan bergerak untuk pulang...
Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bersama Qorban d respeks pada tahun ini. Insya Allah tahun depan jumpa lagi...


Ok nak sambung cerita hehe... mulanya abi berhajat tak nak balik lagi, tapi bila semua berkemas nak balik erm tergerak plak nak balik. Hehe. Abipun cabut... dan di tengah jalan lebih kurang kak Tapah, abipun gatal tangan sms sahabat respeks di Bukit Subang konon nak ajak mengeteh. Saudara Khomeini Ujang dan Nizam otak geliga... Alhamdulillah sebelum nipun dah berjumpa di Bera... Sekampong rupanya. Syukur alhamdulillah akhirnya dalam jam 12.30 sampailah di Bukit Subang... ngeteh kedai mamak dan teruslah tidur di sini, esoklah plak pelayaran ke Temerloh.

Esoknya plak, saudara Topeng Perak ajak mengeteh... tapi tak tahulah kul berapa. Tengoklah... tak janji. Alhamdulillah walau apa yang berlaku pada respeks namun ikatan ukhuwah antara kami tetap tak pudar. Mungkin inilah yang dikatakan ukhuwwah fillah... Amin. Moga ia benar-benar satu ikatan kerana Allah daa dikira sebagai ibadah di sisiNya.

Sampai di rumah Khomeini daa Nizam... rupanya mereka sedang berbincang untuk mengadakan Trasure Hunt untuk respeks groups. Butir-butir perbincangan Insya Allah akan kami war-warkan bila dah betul-betul confirm. Apapun kami mengharapkan komitmen sahabat respeks.

... Akhirnya, terima kasih kepada warga respeks yang sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk bersama dalam majlis Qorban respeks pada kali ini. Jutaan terima kasih pada... Tuan Penasihat Bro Kamarul dan Tuan Haji Rahim, barisan AJK... Atiey, Eyta, Angah, Ajak, Ummi Kay, Norfah sekeluarga, Melati sekeluarga, Kak Sharifah... semua penduduk kampong sekitar dan semua yang mejayakan program pada kali ini khususnya pada Pengetua Rumah Anak Yatim Nurul Iman. En. Khairul... Semoga segala amalan kita diterima Allah.


Sekian Terima kasih

No comments: