Saturday, January 3, 2009

SEJARAH RINGKAS XTVT RESPEKS

Assalamualaikum wrt...

Kpd semua sahabat RESPEKS yg lama @ baru.. Pejam celik, celik pejam dah lebih 2 tahun ReSpeks berdiri di alam cyber dan realiti..bermacam ragam sahabat ditemui, bermacam pula dugaan kita lalui..namun KITA TERUS TEGAK BERDIRI & AKAN LEBIH MAJU LAGI..InsyaAllah..Semangat! Semangat!



Sape yg sayang ReSpeks mesti kena INGAT tarikh2 keramat ni tau:

~(ReSpeks@yahoogroups.com) 22 Jun 2006 ReSpeks LAHIR sehinggalah 5 Dis 2008 ReSpeks HILANG..akekek

~(ReSpeks_Group@yahoogroups.com) 5 Dis 2008 till to date...kita kembali sbg ReSpeks yg baru tapi tetap macho & ayu mcm dulu...hahahaa

Untuk itu, silalah baca Sejarah Ringkas xtvt ReSpeks yg telah dijalankan utk kita kongsikan bersama supaya kita semua lebih saling mengenali..ahaksss


SEJARAH XTVT RESPEKS DARI AWAL PENUBUHAN

1)Buat pertama kalinya sahabat ReSpeks telah dipertemukan dlm PROGRAM SULUNG iaitu Hari Keluarga ReSpeks@yahoogroups.com di The Woods Resort, Ulu Yam pada 10-11 Nov 2007. Ahli Jawatankuasa asal telah terbentuk dlm program yg sungguh meriah ini.





2) ReSpeks mengadakan Lawatan pertama ke Pusat Jagaan Anak2 Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi,Ipoh pada 8 Dis 2007 rentetan hasil perbincangan dlm mesyuarat tak rasmi di The Woods, ahli mencadangkan utk menjadikan pusat ini Rumah Angkat utk Tahun 2008. So, Tujuan lawatan adalah utk meninjau permasalahan mereka n bantuan bagaimana yg akan kita salurkan ke sana. (Gambo takdok, koi tak g..nnt Ani continue..haha..)

3) 16 Dis 2007; Mesyuarat Agong Kali Pertama ReSpeks telah diadakan di Dewan Perniagaan Melayu Msia Selangoor (DPMMS), Shah Alam. Mesyuarat bertujuan membentuk satu jawatankuasa yg lebih mantap bagi memastikan segala xtvt yg akan dilaksanakan agar berjalan lancar dan menyusun atur program2 yg bakal dijalankan utk tahun 2008.

4) Tahun 2008 dimulakan dgn Program Lawatan Susulan ke Pusat Jagaan Anak2 Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi pada 16-17 Feb 2008. Mengadakan beberapa xtvt di sana membuatkan hubungan ReSpeks semakin erat bersama anak2 di sana.



5) Seterusnya pada 30 Mac 2008, kita telah berjaya mengadakan Pertandingan Bowling Amal ReSpeks bertempat di Cineleisure, Damansara. Pertandingan ini bertujuan membuat kutipan amal utk Pusat Jagaan Anak2 Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi. Program ini telah tersiar dlm akhbar SINAR HARIAN pada 20 April 2008 (Rabu). (akekek ne gambo team koi..Skudai Re-Union & beberapa lagilah..tgk jelah naa)..Dlm pertandingan ne kita juga menjemput wakil dari Nurul Iman..so 4 org anak2 dari Nurul Iman dtg bersama En.Khairul-Pengetua mereka.




6) dan Program ReSpeks TERBESARRR & TERGEMPAKK ReSpeks bagi tahun 2008 adalah Program Amal Menanam Pokok Bakau bagi mengelak hakisan Tsunami Bersama Anak2 Yatim & Masyarakat bertempat di Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang KERJASAMA dgn Jabatan Perhutanan Pulau Pinang & Jabatan Perhutanan Persekutuan yg telah diadakan pada 22-23 Ogos 2008. Mesti ramai yg tak tahu kan..kita telah promosikan program ne dlm MHI TV3 & Astro Awani pada 18 Ogos 2008 serta slot talian langsung di SPM TV1 pada 21 Ogos 2008.


Promosi program ini juga telah ke udara di stesen2 radio spt Era,Hot FM & Radio Mutiara P.Pinang. Hasil projek tanam bakau ini juga telah tersiar dlm Majalah 3 pada 18 Oct 2008 yg lalu. Hasil dari program ini kutipan dana berjumlah hampir RM100k berjaya disalurkan kpd Pusat Jagaan Anak2 Yatim & Miskin Nurul Iman.





7) Program seterusnya disusuli dgn Majlis berbuka puasa di Nurul Iman, Manjoi pada 20 Sept 2008. (xyah letak gambo lah ekk..lebih kurang sama je kat Nurul Iman juga...)

8) Gathering ReSpeks iaitu Majlis Ramah Mesra ReSpeks telah diadakan pada 2 Nov 2008 di Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor. Lebih kurang family day la ne...(pun koi x attach gambo sbb koi x bawak camera masa ne..tapi K.Jalilah dah letak byk gambo psl program ne dlm older post..so pls check it out!)

9) Huiii..igtkan dah abis..ada lagi rupanya..hadehh dah nak magrib ne..takpelah..sambung cket je lagi.. Program Korban ReSpeks di Nurul Iman pada 10 Dis 2008..(sorilah masa ne koi takde..so nak tgk gambo, semak balik tulisan2 sebelum ne..ada psl program ne naa..)

10)Last but not least tu la ekk..XPDC Gunung Senyum, Pahang pada 28-29 Dis 2008 sebagai xtvt penutup tirai 2008. Ramai nau dah yg anto gambo ke blog maupun dlm email psl xpdc ne..so harap tiada yg ketinggalan utk menatap gambo2 sahabat2 kita yg meriah tu...namun!! jeng jengggggg....takkan dpt menandingi gambo yg koi attach kat bawah ne..koi bg 1 je gambo koleksi peribadi..hahahaa...jgn maree..!!


Sekianlah dulu rasanya utk kali ini naa..Begitulah antara serba sedikit Sejarah Ringkas XTVT ReSpeks sepanjang 2 tahun penubuhan..dan sebenarnya byk lagi perjumpaan2 tak rasmi & xtvt2 tak rasmi yg dijalankan sesama sahabat termasuklah mesyuarat2 yg telah diadakan. AJK lain plak lah sambung.

(Maaf bebanyak yer jika gambo2 yg diattach lintang pukang..nntlah koi amik kursus menulis blog dari Topeng..ahakss)

Ucapan terima kasih yg tak terhingga atas kesetiaan para sahabat bersama ReSpeks. Nantikan takwim utk program2 baru kita yg akan menyusul dari masa ke semasa.


Wslm

No comments: