Monday, February 9, 2009

Kronologi & Rumusan Program Lawatan Ke RSK


Salam wrt kpd semua sahabat ReSpeKs sekelian walau di mana jua berada, didoakan sahabat2 tersayang dirahmati Allah swt sepanjang masa. Alhamdulillah pada hari Ahad (8/2/2009) lepas kita telah berjaya mengadakan Program Lawatan Amal ke Rumah Siraman Kasih (RSK) yg bertempat di No.2, Jln Desa 12/2,Bandar Country Homes,Rawang,Selangor.

Saya ingin mngambil kesempatan mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kpd semua yg sudi menyertai program ini..sambutan amatlah menggalakkan walaupun pd mulanya sedikit shj yg mendaftar dan akhirnya 26 org sahabat berjaya bersama2 memeriah & menjayakan program ini. Personally rasa program ni mmg hapening..i mmg enjoy sgt smpai balik umah pun asyik sengih sesorang teringat keseronokan main teka-teki & goreng pisang bersama anak2 di RSK.



Berikut serba sedikit kronologi program RSK:

10.35- Semua peserta sudah berkumpul di Stesen Petronas Country Homes kecuali Pak Halim..akekekk..sian..tertinggal...while Cik Elly sudah berada sejak awal pg di RSK..tq Elly..

Sesampai di RSK..Mak Kamariah, penjaga2 serta anak2 di RSK seramai lebih kurang 36 org (anak2 lelaki & perempuan berusia 7-12 thn) sudah bersedia menanti kedatangan kami. Seterusnya peserta program bekerjasama menurunkan barang2 sumbangn yg berjaya dikumpulkan utk diserahkan ke RSK.



10.50- Acara dimulakan dgn ucapan dari Ketua Rombongan (Ajakz) disusuli sesi suai kenal. Ape yg menarik disini, ramai muka2 baru ReSpeks yg mengikuti program ini. Oleh itu shabat Respeks memulakan sesi suai kenal (maklumlah..ramai 1st time jumpa ne haa..) diikuti dgn RSK.

Seterusnya Ustaz Zahari selaku Penasihat RSK memberikan ucapan. Dlm ucapannya beliau amat menykong program yg dianjurkan ReSpeks ini dan beliau sendiri mempromosikan Respeks kpd kenalan2 beliau yg mana difikirkan dpt memberi manfaat kpd Respeks serta telah mengusulkan kpd bebrapa org volunteer yg beliau kenali agar menyertai ReSpeks.



11.20-Ini part yg paling kami terharu apabila anak2 RSK mempersembahkan lagu2 nasyid sbg meraikan kedatangan ReSpeks ke sana. Mmg kami tak sangka yg mereka dah prepare nk buat persembahan. Dimulakan dgn persembahan lagu2 nasyid dari anak2 lelaki dan disusuli persembahan dari anak2 perempuan. Sehingga ada di kalangan pserta ReSpeks yg tidak dpt menahan sebak mengalirkan airmata gembira & terharu dgn sambutan yg diberikan anak2 RSK kpd kami.



11.45-Selesai acara perkenalan dan persembahan, ada peserta menolong menurunkan barang sumbangn yg masih belum diturunkan, ada yg memasak dadih di dapur, ada yg beramah mesra gn anak2, ada juga yg berdiskusi dgn Ustaz Zahari & Mak Kamariah. Sesambil tu..menjamu selera dgn bihun yg dibawa oleh Cik Nana. Sodappp...tak lupa cekodok Umi Kay..koi merasa sebijik jek..tak nmpak pun kat mana..huhuu..

Seterusnya program dihavockan dgn acara main2 pulok...takde dlm perancangan pun..tiba2 spontan kami mulakan dgn acara main lawan Goreng Pisang di antara anak2 lelaki vs perempuan. Diikuti main lawan teka-teki yg lebih menambahkan hapening program pd ptg tu.

Masalahnya pengadil n akak2 ReSpeks yg lagi beria berlawan dari adik2..nmpak adik2 tu mmg enjoy n semangat benau nk menyambung lagi main teka-teki..walaupun pd mulanya adik2 pompuan amatlah malu2 nk menjawab & sbgnya..bila dah abis main emua kerumun koi nk tmbah teka-teki lagi pastu siap belh cipta teka-teki sendiri..(koi nk tgelak amat bila ada adik ni namanya Siti Zainab, beria bisik kat koi nk kabo suh masukkan teka-teki dia..dia ckp gini:"

Akak..ha camni..ada budak tu kan..dia atas atapkan..pastu kan..camane dia nk turun bawah???.haa..boleh tak??.." U all fikirlah sendiri jawapan dia..wargkahkahkahkah geli hati gn bebudak nih..



2.00- Peserta lelaki solat Zohor berjemaah di tingkat bawah bersama adik2 lelaki n perempuan di tingkat atas.

Sementara peserta perempuan yg tak bleh solat meneruskan kerja2 ape yg patut terutama kerja dapur n bersiap utk lunch. Sodappp...ada satay, nasi goreng, ayam goreng mcm berempah jek..buah2an, dadih & kek coklat Ani.



3.15-Acara penutup dimulakan dgn sesi bergambar kenangan. Kemudian ucapan oleh Tn.Penasihat Hj.Rahim dan penyampaian sedikit sumbangn wang tunai utk RSK. Seterusnya ucapan oleh Mak Kamariah. Dlm ucapannya, Mak mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangn yg diterima serta amat terharu di atas keihlasan pihak ReSpeks memenuhi keperluan RSK. Mak berharap hubungan silaturrahim yg terjalin di antara RSK & ReSpeks dpt berterusan.

Kemudian wakil Respeks;Pak Halim (Tok Lin panggilan utk anak2 RSK) pula memberi ucapannya. Pak Halim berharap kita dpt dtg lagi ke RSK serta meneruskan kerja2 amal yg lain. Juga ucapan dari wakil2 wanita ReSpeks..cewah...

Di akhirnya kedatangan Ustaz Azhar(Pengetua/SU RSK) meneruskan ucapan penutup utk program ini. Beliau sempat mempromosikan bahawa anak2 lelaki RSK ada mghasilkn kerepek & cookies utk jualan amal. Menarik juga tu..kecil2 sudah diasuh berniaga semoga cemerlang masa depan mereka InsyaAllah.

Ustaz Azhar juga byk menganjurkan program2 serta amat menggalakkan program yg bertujuan utk mengisi rohaniah anak2. Acara penutup diakhiri dgn bacaan doa serta Suratul Asr & Tasbih Kifarah.



4.00- Bersurai...namun ada yg masih meneruskan sesi borak2 n ada sebahagian bertolak pulang n singgah sebentar ke rumah Baitul Kasih,Sg.Buloh utk menyerahkan sedikit sumbangan (beras, gula & biskut) yg telah diagihkan utk mereka.

Demikianlah yg dpt Dyah coretkan kali ne. Fuhh...Kesimpulannya program ini terlaksana dgn jayanya..terima kasih sekali lagi kpd semua yg sudi hadir n minta maaf byk2 seandainya sepanjang kita bersama ada kesilapan yg dilakukan samada sedar mahupun tidak..kpd yg ingin terus menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke dlm akaun Maybank RUMAH SIRAMAN KASIH No: 5620 1200 3129...love u all..wslm.


(Gambo takde yer..nnt sahabat lain masukkan gambo n coretan versi dorg pulok naa..)

No comments: