Sunday, February 8, 2009

Apa Itu ReSpeKs

Salam rakan ReSpeKs...

Ramai yang bertanya abi, apakahReSpeKs sebenarnya... kalau mengikut kepada posting2 di yahoogroups seolah2 ReSpeKs adalah satu pertubuhan politik lagaknya... begitulah bunyi pertanyaan yang singgah ke YM abi oleh beberapa orang sahabat... betul jugakan??? ReSpeKs parti politik ke ahakssssssssss. Entah. Bedal jelah... tahu bedal??? huhu.

Oklah hari ni abi nak ceritakan apa itu ReSpeKs... sebenarnya ReSpeKs pada mulanya tiada maksud khusus... sekadar penyalahgunaan bahasa hehe. Maaf kepada ahli dan cendekiawan Bahasa Melayu... ReSpeKs asalnya abi kutip dari Bahasa Inggeris Respect... Begitu kot ejaannya. Kalau salah sila betulkan hehe.

Itulah asalnya, dan abi kaitkan dengan tag line " hak dan pandangan orang lain di sini ". Kita ReSpeKs, kita hormat dengan pandangan orang lain. Belajar menerima dan memberi. Menerima pandangan dan memberi pandangan... Begitu boleh??? Walau mungkin pandangan kita berbeza... kita cuba cari titik persamaan. Kerana sebagai manusia pasti ada persamaan dalam setiap perbezaan. Dan titik persamaan itulah yang Insya Allah akan menyatukan kita. Begitulah...

Cuma sejak kebelakangan ini... setelah pertemuan demi pertemuan dengan beberapa orang sahabat... ReSpeKs telah mempunyai manifestasi tersendiri. Bukan lagi sekadar pencemaran bahasa tetapi ReSpeKs merupakan singkatan dari beberapa perkataan utama... Anda ingin tahu??? Ok abi ceritakan... namun abi perlukan kebenaran dari beberapa sahabat yang memberi idea...

Opsssssssss alhamdulillah sahabat telah memberi green light pada abi untuk menerangkan apa itu ReSpeKs... Ok abi mulakan satu demi satu. Ahakssssssss langkah demi langkah. Huhu. Cam best je kan. Kui kui kui... Oklah...

Ok ReSpeks adalah...

ReSpeKs... Re adalah singakatan rekreasi... Boleh gitu??? Insya Allah bolehlah kot... Dan untuk itu ReSpeKs telah memulakan langkah yang pertama menjalankan aktiviti berbentuk rekreasi pada tahun ini iaitu... pada 31 January 2009 XPDC SUP TULANG KOTA SINGA, namun sebelum itu pada 28 dan 29 Disember 2008 iaitu pada akhir tahun lepas ReSpeKs juga mengadakan program berbentuk rekreasi iaitu XPDC Gunung Senyum... sila lihat pada posting terdahulu. Ok... untuk huruf seterusnya... S... ReSpeKs

ReSpeKs erm... S kami lebih fokuskan pada Sukan. Namun Sukan yang akan kami jayakan lebih kepada kekeluargaan... kerana ReSpeKs mengharapkan penyertaan dari semua anggota masyarakat dari kanak-kanak hinggalah dewasa... Untuk itu ReSpeKs memilih Sukan bowling sebagai tunjang aktivi berbentuk Sukan. Alhamdulillah pada tahun lepas iaitu pada 30 March 2008 telah diadakan buat pertama kalinya kejohanan bowling amal ReSpeKs. Syukur padaNya sambutan amat menggalakkan... Alhamdulillah. Dan Insya Allah untuk tahun ini, persiapan sedang dijalankan... dan kami mengharapkan komitmen dari sahabat. Tunggukan pengumuman dari kami. Seterusnya... pada huruf ReSpeKs. Erm... jom kita tengok apa itu pe... di ReSpeKs.

ReSpeKs... pe di ReSpeKs... adalah persahabatan. Siapa yang tidak inginkan sebuah persahabatan bukan. Sesungguhnya persahabatan itu amat indah andai cara dan pembawaannya betul kerana Allah. Untuk itu kami di ReSpeKs amat mengharapkan satu jalinan ikatan persahabatan yang ikhlas dan benar-benar kerana Allah kita jalinkan. Untuk itu juga beberapa program silaturrahim dan berbentuk persahabatan dan perkenalan telah kami jalankan. Dan Insya Allah program yang terkini dari kami adalah... " Santai di Melaka " Sesungguhnya program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjalinkan ikatan ukhuwwah antara rakan ReSpeKs. Untuk akhirnya mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan huruf Ks di ReSpeKs.

ReSpeKs. Ks di ReSpeKs membawa maksud Kebajikan Sosial. Itulah yang kami harapkan dari seluruh warga ReSpeKs. Di samping kita bersukan, bersantai ke sana dan kemari, saling kenal mengenal antara satu lain... kita juta tidak melupakan golongan yang memerlukan. Untuk itu pada hari ini 08 02 2009 ReSpeKs telah mengadakan satu program berbentuk Kebajikan Sosial iaitu Ziarah Amal... RSK kepada Rakan ReSpeKs boleh melihat posting terdahulu.

Semoga segala pertanyaan sahabat tentang
ReSpeKs telah sedikit sebanyak terjawab. Untuk mendapat jawapan yang lebih jelas kami mempelawa sahabat untuk bersama ReSpeKs di setiap aktiviti yang akan diadakan...

Kepada sahabat yang menyangkakan ReSpeKs sebuah yahoogroups yang hanya membincangkan soal politik anda silap sebenarnya. Ya, di yahoogroups respeks kami bersikap terbuka... kami menghormati " hak dan pandangan orang lain di sini ", namun di alam realiti dan di setiap aktiviti pejumpaan dan pertemuan kami tidak menggalakkan sama sekali perbincangan politik. Cukup perbincangan kita di kedai kopi respeks_groups hehe...

Pada sahabat-sahabat yang memberi manifestasi yang begitu indah buat ReSpeKs hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Pada abi, menifestasi ini adalah sesuatu yang diluar jangkauan fikiran abi, tahniah. Manifestasi ini juga rasanya cukup lengkap segala perisa asam garam , pahit manis, kelat masamnya.
Sesungguhnya abi tidak pernah terfikir menifestasi seindah itu. Kalian memang gempak bebeh...

Buat akhirnya ReSpeKs adalah :

Rekreasi, Sukan, Persahabatan dan Kebajikan Sosial

Semoga anda paham dan
ReSpeKs pada kami. Doakan apa yang kami buat mendapat keredhaan dari Allah, sesungguhnya Redho Allah adalah segala-galanya. Semoga ia akan menjadi amalan yang mampu kami bawa ketika menemuinya nanti. Amin

Sekian Terima kasih.

Abiumar
Bera Pahang
08 02 2009

2 comments:

Champs Elysee said...

hi...
macam mana saya nak publish saya punya blog kat respek?coz i have a bizz to be run with..

dba said...

fghfdsh