Saturday, March 22, 2008

Bowling O Bowling...

Salam semua rakan respeks...


Apa khabar... Semoga sahabat respeks semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu hendaknya. Dah lama sangat weblog kita ni terhenti hidup segan mati malu-malu huhu... Dek kerana itu kawan nak juga merepeks barang sepatah dua kata.Kawan nak mengucapkan jutaan lemon terima kasih dan yang seumpama dengannya atas sambutan rakan-rakan respeks terhadap yahoogroups respeks semenjak dua menjak ni.


Namun, apa yang kawan harapkan... kita dapat mengurangkan volume e.mail terutama e.mail sembang... Maklumlah bukan semua rakan respeks suka kepada e.mail sembang... untuk itu juga kawan mengalu-alukan rakan-rakan respeks untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim dan lebih kenal rapat ke laman http://respeks.blogspot.com/ yang telah kawan sediakan...


Sebagaimana sahabat semua maklum... respeks akan menganjurkan satu kejohanan bowling Amal yang Insya allah sedikit keuntungan akan diinfaqkan ke rumah anak Yatim Nurul Iman Manjoi pada 30/03 ini. Kepada semua rakan respeks walau dimana jua berada... tak kiralah di Malaysia atau di luar negara... sebab kita maklum ahli respeks melangkaui negara mahupun budaya bangsa... anda amat dialu-alukan untuk bersama kami memeriahkan kejohanan. Datanglah untuk menunjukkan sokongan anda kepada respeks groups.
Kejohanan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Piala Pusingan ReSpeKs
Damansara cineleisure - 9.30 - 2-30 - 30/03/2008 - Ahad

... Dan Insya Allah selepas ini akan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan respeks jalankan dan ia menuntut komitmen semua rakan respeks. Sesungguhnya, kawan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama dari semua rakan respeks dalam segenap segi... Semoga segala kerjasama dari sahabat akan dinilai oleh Allah sebagai ibadah di sisiNya.

Kepada mereka yang telah menjadi member weblog... silalah menulis................. Kita manfaatkan sebaiknya weblog sebagai sumber informasi groups respeks.


Kepada AJK yang ingin menulis di weblog respeks sila maklumkan kepada kawan untuk di'invite'. Terima kasih


... Anda Sayang ReSpeKs kami ReSpeKs Anda ...



Salam sayang dari kawan...
Abiumar22032008

No comments: