Monday, March 31, 2008

Bowling ... Kejayaan Kita. Terima kasih.

Salam rakan respeks...........

Alhamdulillah program besar kita yang kedua telahpun berlangsung dengan jayanya......... tahniah kepada mereka yang menang dan pada mereka yang tidak menang cuba lagi dimasa hadapan. Abi ni dekat Pudu Raya sementara tunggu bas ke Penang hehe. Sempat lagi menulis. Penat memang penat tapi syukur padanya... Terima kasih kepada Mat Rock kerana sudi menghantar ke Pudu... walaupun tinggalkan aku keseorangan kwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Gurau je. Insya Allah dalam jam 8 malam akan menaiki bas ke Penang dan akan bertemulah dengan sahabat-sahabat di sana pula. Jad, Man Penang, Wan, Nizam dan beberapa sahabat lagi... maaf menyusahkan sahabat.

Erm... Berat gok rupanya bola yer hehe. Apapun syukurlah walaupun tak dapat apa-apa... abi gembira dan sangat berpuas hati... Nak tahu berapa abi dapat hehe 85, 88 dan 98... ok tak??? Oklah bagi orang pertama main kot, walaupun abi rasa boleh buat lebih baik huhu.

Wa.......... tahniah kepada Datok Ismail dan keluarga kerana menjuarai kejohanan julung-julung kali kita ini... Apapun jaga baik-baik piala pusingan tu yer huhu. Maaf Datuk gurau je.


Tahniah Datok... Datok dan teamnya. Angerik team... terima kasih kepada urusetia kerana dalam sibuk-sibukpun ada juga hadiah untuk abi yang datang dari jauh ni... jasa kalian hanya allah mampu membalasnya. Gembira benar si Umar Faruqi dengan hamper tersebut............ jenuhlah dia makan biskut seminggu sepeninggalan abi ni hehe. Ku merinduimu Umar dan Ummi.............. kwa kwa kwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wa... Kenyang Umar Faruqi ngan hampernya seminggu bekalan tanpa abi. Terima kasih respeks... Tima kacih daun keladi huhu.

Umar ngan Kak Ju...

Dan semasa menulis ni... terima sms ummi berbunyi... " Cantiknya kerongsang respeks bagi... tak layak rasanya mahal ngat... Tak pernah beli semahal ni... ucaplah tima kasih kat groups. Ummi tak perlu cenderahatipun. Lebih baik save untuk dana je... hehe "



Ok itulah rasa hati ummi. Abipun terharu dengan layanan rakan respeks... tak da apa yang dapat abi sekeluarga balas pada kalian... kalianlah sahabat dunia dan akhirat hanya sanya Allah jua yang akan membalasnya............ Berdoalah moga apa yang kita lakukan menjadi amalan yang dikira oleh Allah sebagai ibadah di sisinya.



Amin.Ok lah dah panjang abi melalut... Mee Hailam kat sebelah ni dari tadi dah terbiar hehe... Perutpun dah berbunyi jampun dah 7.20... bas jam 8.00... Izinkan abi makan dulu yer.................. Nak makan sama. Nah makan sekali... hehe. Tq akak di Kedai Makanan GRD TAiping Corner Pudu raya... masakan akak memang hangat.............. dan terima kasih kerana membenarkan abi charge bateri Laptop hehe. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Sekian.

Rasakan Me Hailam........... hehe. Kegemaranku...

No comments: