Monday, November 24, 2008

Qorban D ReSpeKs...

Salam sahabat respeks...


Insya Allah sempena hari raya Qorban tahun ini respeks akan mengadakan majlis Qorban buat julung kalinya. Insya Allah sebanyak dua ekor lembu akan di qorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat sekitar pada tarikh tersebut. Disamping agihan respeks juga mengadakan jamuan pada malam tersebut... petangnya jom pekena sop cecah roti... erm Best.


Untuk itu... kami pihak pengurusan respeks groups mengalu-alukan semua ahli groups respeks untuk bersama-sama kami dalam menjayakan ppgram bersama respeks untuk kali ini. Insya Allah program tersebut akan diadakan pada ketetapan di bawah :


Tarikh : 10 Disember 2008
Masa : 8.00 pagi - 8 malam
Tempat : Rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi, Ipoh Perak.



Besarlah harapan kami agar sahabat respeks, dipersekitaran khususnya dapat meluangkan masa bersama kami. Kepada sahabat yang berminat dan teringin bermalam di Rumah Anak Yatim Nurul Iman bolehlah menghubungi AJK respeks untuk berbincang tentang penginapan. Penginapan istimewa hanya ada tiga sahaja... Itupun dikhususkan untuk mereka yang berkeluarga. Kepada teruna dan dara bujangan bolehlah tidur bersama anak-anak yatim... di bilik mereka. Sambil bermesra dan menyelami perasaan mereka. Tak gitu???


Kepada sahabat yang ingin membuat sumbangan barang untuk masakan amat dialu-alukan. Hubungi mana-mana AJK respeks.


Oklah... Cukup entry dan berita terkini dari respeks. Insya Allah program selepas qorban D respeks kita ada XPDC Gunung Senyum. Nantikan pemberitahuan...


Terima kasih bersama respeks.

No comments: