Tuesday, November 24, 2009

Jemputan : Majlis Walimah

Salam sahabat blog...

Di kesempatan ini abi ingin menjemput semua ahli RG ke majlis perkahwinan anak saudara abi bertempat di :

No 57, KG LOYANG
MUKIM SANGGANG,TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR

PADA KETETAPAN DI BAWAH :
6 DISEMBER 2009
AHAD
11.00 - 3.00 PETANG

Dari KL @ Kuantan Exit Tol Temerloh. Keluar Tol ambik jalan ke kanan ke arah Jerantut. Terus dalam 2 km akan jumpa satu simpang. Ambik kanan lagi. Simpang betul2 berhadapan sekolah menengah Teknik Temerloh. ( ada lampu isyarat ). Terus sahaja sehingga menemui simpang 3 di tepian Sungai Pahang. (selagi tak jumpa sungai teruskan.) Ambik kiri dan terus dalam 3km. Akan jumpa masjid warna kuning. Jalan di sini sepi macam dalam hutan hehehe... tetapi jalan tar elok, malangnya hanya satu link, yang muat2 satu kereta... kalau berselisih kena ketepi sebuah kereta. Pastikan anda memandu hanya 30 - 40km sejam sahaja. ekekeke.

Pada yang nak menolong kerja boleh datang sehari awal... atau kalau ada yang nak memancingpun boleh. Rumah betul2 di hadapan Sungai Pahang. Jangan risau masjid sebelah rumah boleh jadi tempat landing hahaha.

Jarak dari tol Temerloh ke rumah abi lebih kurang 8KM SAHAJA. Apapun boleh lihat kad di bawah atau roger abi : 0199316139


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Saturday, August 22, 2009

Jemputan : MaJlIs BeRbUkA PuAsA GeNg ReSpEkS NoGoRi

Salam

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Geng Respeks Nogori pada waktu dan tempat seperti berikut, sila berikan nama serta email.

Hari : Ahad

Jam : 5.30 Petang
Tarikh : 30 Ogos 2009

Tempat : Restoran Raudhah di Rahang, N9
Bayaran : Dewasa RM22 / Kanak2 RM11 (50 jenis juadah disediakan)

Dalam masa yang sama juga kita buat bacaan doa semperna Menyambut Kemerdekaan Negara ke 52.

Diharap Geng Respeks Nogori dapat hadir dan terbuka pada sesiapa yang berminat diluar kawasan N9.

* Nota :
Sila confirmkan kehadiran anda...sila balas email saya mohd_naim82@yahoo.com / 0199923190 untuk pengesahan kehadiran.

Friday, August 14, 2009

Jemputan : Berbuka puasa bersama Anak Yatim Rumah Siraman Kasih

Salam...

Kepada seluruh ahli respeks_group budiman... Anda ada dipelawa BERSAMA KAMI... KE...


MAJLIS BERBUKA PUASA RG @ RSK-29/8/2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI :

RUMAH SIRAMAN KASIH
No.2, Jln Desa 12/2, Bandar Country Homes, Rawang.





Acara:

4.00: Kedatangan dan suai kenal

4.30: Solat Asar berjemaah

5.15: Bertadarus mengikut kumpulan

6.15: Ceramah oleh Ustaz Jemputan (Jemputla sesapa yg sesuai, kalau takde sgt, Mod pun boleh..wakaka)

7..15: Berbuka puasa

8.00: Solat Maghrib & Tarawikh berjemaah..

9.30: Bersurai..




Menu:

1.Nasi putih
2.Ayam masak merah
3.Sup daging + kentang + lobak merah
4.Sayur campur (bunga kobis, cendawan, buncis, udang)
5.Buah (pisang+kurma)
6.Air (Oren & teh O panas..bleh tak Ani??)
7.Dadih


Tambahan untuk dewasa
1.Sambal belacan + ulam
2.Ikan masin


Bayaran:
Dewasa=RM13. 00
Kanak-kanak= RM10.00



**Utk anak2 RSK dan penjaga2nya... fully sponsor.
Dah ada pengsponsernya!!!


ANDA HANYA PERLU SPONSER DIRI SENDIRI SAHAJA!!!


Maklumat lanjut sila klik :

Untuk mendaftar diri sebagai peserta... sila klik :

Daftar sini beb!!!

Majlis akan di adakan di sini :


RUMAH SIRAMAN KASIH
No.2, Jln Desa 12/2, Bandar Country Homes, Rawang.

Jom jom jom...

Wednesday, July 8, 2009

Air Terjun Lata Rek ...

Sebelum pulang ke n9 sempat kru paroi singgah di Air Terjun Lata Rek

Mana tempat ni....... ni dia dalam Dun N41... dan air dirumah pun datang dari
air terjun ni...... nak tanya sikit... ada nampak meter air tak kat umah Manek Urai ?
Kenkawan kata takder pun.... habis air tak bayar ker ? ... cuma bayar kos selenggara..
rm1 jer ker ? Lagi bagus dari Selangor ker ?
Walaupun suaca panas petang tu ... sambil lepak atas batu kaki dalam air..
mana nak rasa panas mentari,.......
Taknak rasa panas rendam terus mcm abg2 ni.... Abg dr Selangor dan N9
sama mandi manda selepas balik dari sek Men Yahya Petra..

Dilihat dari jauh memutih air menerjah batu ..... alangkah indahnya alam ini.
Jernih sungguh air nya diminum terus pun terasa nikmatnya....

Dalam celah2 sibuk mandi manda adik kita dok menembak ikan tengas....
lebar tapak tangan pun ada....... goreng pun sodap.


Yang best skali .... motor antik ni laahhh ... sambil santai di Lata Rek ..