Monday, March 31, 2008

Bowling ... Kejayaan Kita. Terima kasih.

Salam rakan respeks...........

Alhamdulillah program besar kita yang kedua telahpun berlangsung dengan jayanya......... tahniah kepada mereka yang menang dan pada mereka yang tidak menang cuba lagi dimasa hadapan. Abi ni dekat Pudu Raya sementara tunggu bas ke Penang hehe. Sempat lagi menulis. Penat memang penat tapi syukur padanya... Terima kasih kepada Mat Rock kerana sudi menghantar ke Pudu... walaupun tinggalkan aku keseorangan kwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Gurau je. Insya Allah dalam jam 8 malam akan menaiki bas ke Penang dan akan bertemulah dengan sahabat-sahabat di sana pula. Jad, Man Penang, Wan, Nizam dan beberapa sahabat lagi... maaf menyusahkan sahabat.

Erm... Berat gok rupanya bola yer hehe. Apapun syukurlah walaupun tak dapat apa-apa... abi gembira dan sangat berpuas hati... Nak tahu berapa abi dapat hehe 85, 88 dan 98... ok tak??? Oklah bagi orang pertama main kot, walaupun abi rasa boleh buat lebih baik huhu.

Wa.......... tahniah kepada Datok Ismail dan keluarga kerana menjuarai kejohanan julung-julung kali kita ini... Apapun jaga baik-baik piala pusingan tu yer huhu. Maaf Datuk gurau je.


Tahniah Datok... Datok dan teamnya. Angerik team... terima kasih kepada urusetia kerana dalam sibuk-sibukpun ada juga hadiah untuk abi yang datang dari jauh ni... jasa kalian hanya allah mampu membalasnya. Gembira benar si Umar Faruqi dengan hamper tersebut............ jenuhlah dia makan biskut seminggu sepeninggalan abi ni hehe. Ku merinduimu Umar dan Ummi.............. kwa kwa kwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wa... Kenyang Umar Faruqi ngan hampernya seminggu bekalan tanpa abi. Terima kasih respeks... Tima kacih daun keladi huhu.

Umar ngan Kak Ju...

Dan semasa menulis ni... terima sms ummi berbunyi... " Cantiknya kerongsang respeks bagi... tak layak rasanya mahal ngat... Tak pernah beli semahal ni... ucaplah tima kasih kat groups. Ummi tak perlu cenderahatipun. Lebih baik save untuk dana je... hehe "



Ok itulah rasa hati ummi. Abipun terharu dengan layanan rakan respeks... tak da apa yang dapat abi sekeluarga balas pada kalian... kalianlah sahabat dunia dan akhirat hanya sanya Allah jua yang akan membalasnya............ Berdoalah moga apa yang kita lakukan menjadi amalan yang dikira oleh Allah sebagai ibadah di sisinya.



Amin.Ok lah dah panjang abi melalut... Mee Hailam kat sebelah ni dari tadi dah terbiar hehe... Perutpun dah berbunyi jampun dah 7.20... bas jam 8.00... Izinkan abi makan dulu yer.................. Nak makan sama. Nah makan sekali... hehe. Tq akak di Kedai Makanan GRD TAiping Corner Pudu raya... masakan akak memang hangat.............. dan terima kasih kerana membenarkan abi charge bateri Laptop hehe. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Sekian.

Rasakan Me Hailam........... hehe. Kegemaranku...

Saturday, March 22, 2008

Bowling O Bowling...

Salam semua rakan respeks...


Apa khabar... Semoga sahabat respeks semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu hendaknya. Dah lama sangat weblog kita ni terhenti hidup segan mati malu-malu huhu... Dek kerana itu kawan nak juga merepeks barang sepatah dua kata.Kawan nak mengucapkan jutaan lemon terima kasih dan yang seumpama dengannya atas sambutan rakan-rakan respeks terhadap yahoogroups respeks semenjak dua menjak ni.


Namun, apa yang kawan harapkan... kita dapat mengurangkan volume e.mail terutama e.mail sembang... Maklumlah bukan semua rakan respeks suka kepada e.mail sembang... untuk itu juga kawan mengalu-alukan rakan-rakan respeks untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim dan lebih kenal rapat ke laman http://respeks.blogspot.com/ yang telah kawan sediakan...


Sebagaimana sahabat semua maklum... respeks akan menganjurkan satu kejohanan bowling Amal yang Insya allah sedikit keuntungan akan diinfaqkan ke rumah anak Yatim Nurul Iman Manjoi pada 30/03 ini. Kepada semua rakan respeks walau dimana jua berada... tak kiralah di Malaysia atau di luar negara... sebab kita maklum ahli respeks melangkaui negara mahupun budaya bangsa... anda amat dialu-alukan untuk bersama kami memeriahkan kejohanan. Datanglah untuk menunjukkan sokongan anda kepada respeks groups.
Kejohanan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Piala Pusingan ReSpeKs
Damansara cineleisure - 9.30 - 2-30 - 30/03/2008 - Ahad

... Dan Insya Allah selepas ini akan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan respeks jalankan dan ia menuntut komitmen semua rakan respeks. Sesungguhnya, kawan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama dari semua rakan respeks dalam segenap segi... Semoga segala kerjasama dari sahabat akan dinilai oleh Allah sebagai ibadah di sisiNya.

Kepada mereka yang telah menjadi member weblog... silalah menulis................. Kita manfaatkan sebaiknya weblog sebagai sumber informasi groups respeks.


Kepada AJK yang ingin menulis di weblog respeks sila maklumkan kepada kawan untuk di'invite'. Terima kasih


... Anda Sayang ReSpeKs kami ReSpeKs Anda ...



Salam sayang dari kawan...
Abiumar22032008

Saturday, March 1, 2008

Secebis kenangan di Nurul Iman 16-17 Feb 2008

Assalamualaikum wrt... & Slm sejahtera kepada semua penghuni ReSpeks seantero dunia... Dalam penulisan sulung ni... cewah. Sajer nak testing... Saya cuma mahu berkongsi foto² kenangan semasa lawatan susulan ReSpeks ke Nurul Iman tempohari, khususnya buat kengkawan yg tidak dapat join hari tukan... bagi sesiapa yg dah tengok tu... jeling² jela ekk... Foto² ini saya tidak masukkan dlm album di web... jadi, jamu mata di sini pun ok kan kan.

Ini adalah sesi posing waktu dah nak balik... letak gambar ni dulu... sbb nak tunjukkan inilah semua perserta hari itu... rasanya ada lagi yg tak masuk nih.
Haa... inilah sebahagian penghuni di Nurul Iman... yg paling muda berusia 7 tahun... dan paling besar ketika itu berumur 17 tahun.

Foto ni on the spot edit... geram tengok Nurul (gambar atas) & Umairah (gambar bawah)... Mereka berdua ni ramai ‘mak angkat’.

Ni sesi penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan... sian adik² beratur tgh panas.

Acara BBQ….nyuk nyumm…pura² je tu... api pun takde... hihi... tapi mmg semua langsai... dengarnya anak² di situ minta En.Khairul buat lagi BBQ lepas kitorg balik.
Mana ntah apinyer... tapi kalau bulan puasa tengok ni... meleleh... slurrp!Is iss... nape tunjuk makanan je nie?... hihi. Saja nak tunjuk.
Gang ReSpeks melayan anak-anak sambil menunggu makan tengahari.

Kusyuknyer... sampai tak pandang camera adik² nie.

Ok... cukuplah dulu ekk... gamba ni lambat sgtlah nk upload...
Lain kali sambung citer lagi... wslm.


Salam Ukhwah ..
~Dyahanakmakngah~(24/03/2008)

Wednesday, December 12, 2007

Notis : Mesyuarat AgoNg Tahunan ReSpeKs

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Memaklumkan satu Mesyuarat Agong Tahunan ReSpeKs Groups akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Disember 2007
Masa : 3 Petang
Tempat : Restoran Darul Ehsan, Seksyen 11, Shah Alam

Kehadiran adalah terbuka untuk semuah ahli yahoogroups ReSpeKs walau di mana jua sahabat berada... Sila daftar nama sahabat di database dalam laman yahoogroups @ sila klik di sini :

Database.

Terima kasih atas segala kerjasama dari semua ahli.

Tuesday, December 11, 2007

Catatan Perjalanan : Ziarah ke Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Manjoi, Ipoh

Assalamualaikum w.b.t... salam buat semua warga ReSpeks,

Tiada rasa suka untuk dinyatakan di sini... mungkin saya tidak tergolong dalam mereka yang kekurangan ini... bila sebut saja anak yatim, orang miskin hati selalu berkata... aku masih seorang yang beruntung... Menyusuri perjalan kesana bersama rakan seperjuangan... hati dan matlamat yang sama...


Terima kasih Nufa dan suami yang menjadi penunjuk arah sepanjang perjalan saya dan rakan2 di Ipoh... kami tiba tepat jam 1.15 petang... kehadiran disambut oleh petugas pusat jagaan... terpancar keriangan diwajah mereka melihat kehadiran kami dengan membawa KFC... mungkin mereka bersorak kecil... En. Rahim dan Kak Fauziah membawa makan ringan serta coklat...

Kami menjamu anak2 makan KFC sambil beramah mesra dengan mereka... mereka ini jujur... bercerita, mengadu, merengek seolah2 telah lama mengenali kami... ada yg ditanya mana ayah dan ibu... ada yg menjawab dalam penjara tanpa riak sedih diwajah mereka... mungkin mereka masih kecil atau mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut... hanya mereka yg tahu...

Aktiviti hari itu kami teruskan dengan pergi ke Tesco Extra untuk membeli barang2 keperluan Pusat Jagaan dengan sumbangan warga Respeks... kami membeli barang2 keperluan dapur, mandian dan cucian... selesai kami terus ke Manjoi untuk membeli sedikit kuih miuh untuk minum petang...


Anak terkejut melihat kami kembali... pada sangkaan mereka kami telah balik ke Kuala Lumpur... kami minum petang bersama2 mereka... jangkaan kami ingin balik selepas selesai solat Asar... tiba2 En. Khairul balik dari Penang... beliau meluahkan segala2 yg terbuku... terlalu banyak persoalan yg perlu diselesaikan...


Lepas magrib kami menyajikan anak2 makan... pada siangnya malu2... tapi sebelah malam mereka terlalu manja... ada yg ingin disuap... ada yg tak benarkan kami balik... tinggal dengan mereka... anak2 ini perlukan perhatian dan kasih sayang... terkedu dan sebak bila salah seorang daripada mereka berpaut pada Pojiee... kakak tinggallah dengan kami, kerja dekat sini, kawin kat sini... saat itu kami hanya mampu merenung dan tersenyum sedangkan dihati masing2 menangis...


Saat yg kami tak mahu lalui... takut menangis sebenarnya... anak2 beratur dan bersalaman dengan kami dan kami menyumbang sedikit hadiah buat mereka... kepulangan kami mereka hantar dengan lambaian... kecundang juga akhirnya... kesedihan meninggalkan mereka... saya menangis... Insyaallah kami akan kembali lagi...

Itu saja pengalaman yg dapat saya dan rakan2 kongsi dengan warga Respeks. Kepada yng telah menyumbang apa saja bagi menjayakan lawatan kami ini... terima kasih tak terhingga kami ucapkan... hanya Allah dapat membalas kebaikan dan keikhlasan semua...


Salam sayang,
Ani dan rakan2.